Memaparkan catatan dengan label aKu SuamiKu n AnakKu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aKu SuamiKu n AnakKu. Papar semua catatan

Sabtu, 31 Januari 2015

Tabahkan Hati Wahai Hati

Assalamualaikum...

Hari ni penutup untuk bulan 1,dah 31 januari 2015. Alhamdulillah aku p keja macam biasa.Niat nak cari rezeki yang Halal,namun sebaliknya yang berlaku.Biarlah rahsia,tp memang sedih sgt2.. Aku hanya mampu berdoa semoga Allah permudahkan segala urusanku.Amin

Rabu, 21 Januari 2015

HAI 2015

Assalamualaikum...

Selamat Datang 2015..awat lambat sgt nak wish.Maklumlah sebelum ni x sempat nak berblogging..so today dah ada masa br nak update blog setelah sekian lama menyepi.So skrg aku buat come back.Kalau sebelum ni last post aku pasal mengandung,skrg of course la aku dah branak...dari tahun lepas bulan 2 2014 aku melahirkan permata hati aku SYAKIRA RIEFHAN,dan bulan 2 dah nak masuk setahun dah anak aku.How time flies....sangat dasyat.

Tahun 2015,perkembangan aku...masih lagi isteri kepada MOHD SYAHRUL AZILAN BIN MAT ISA. Anak aku SYAHRIEFQYE RAYYAN dah masuk 4 tahun.Dia sangatlah cakap banyak,and dah pandai pertikai itu ini,pandai dah nak pilih fesyen baju sendiri,baju mana dia x suka xmo pakai...and macam2 lagi.Tapi aku happy sebab boleh dok pot pet2 ngan dia stiap hari maka x jemulah kehidupan aku.

Kemudian aku dianugerahkan seorang anak pompuan yang comel and quite aktif..SYAKIRA RIEFHAN.Sangat teruja bila dah dilengkapi hidup dengan sepasang anak yang comel2 bagiku.mestilah dah anak sendiri kenalah puji kan. So tahun 2015 aku masih lagi di PRMGV,and stay di JITRA.aku rasa memang aku dah ditakdirkan di sini,so aku redho dengan apa yang Allah dah tetapkan untuk aku. 2015 seperti aku dan suami bagai baru nak memulakan hidup baru...semuanya bermula dengan 0 and pelan2 kami menapak untuk membesarkan anak2ku dan menjadi hamba yang soleh and solehah.

So target 2015 aku ingin menjadi seorang anak,isteri yang terbaik..seorang ibu yang sangat2 penyabar,seorang staf yang berjiwa cekal and amanah...dan yang paling penting seorang hamba yang solehah.Itu janji aku dan aku akan cuba pelan2 untuk berubah.Kalau target dr segi kehidupan yang cemerlang insyaallah aku aim rumah banglo sebijik dekat ngan tasik tu...and SHAKIEY ENTERPRISE berkembang maju.Kalau x dapat semua tu tahun ni,insyaallah aku akan usaha and usaha lagi.Kan orang cakap usaha tu tangga LIF.

Itu saja yang aku ingin target for this year..hopefully i can achieve!!!Strive hard for the super duper best.

Khamis, 2 Januari 2014

32 Minggu Dah

Eh..sedar x sedar kandungan aku dah masuk 32 minggu..rasa mcm x percaya pon ada. Tapi aku kena hati-hati kali ni sbb aku dah penah kehilangan seorang bayi dan aku nak bayi kali ni sihat sepenuhnya.Mungkin sebelum ni Allah bagi dugaan kepadaku. So aku kena jaga elok2,no more stress and kena sentiasa makan makanan yang sihat. Kalo ada rasa pape terus ke hospital jer..biar org kata mengada asalkan aku x merasa lagi kehilangan.


Berat bayi dalam kandungan anda sekarang lebih kurang 1.7kg dan panjangnya lebih kurang 42sm dari kepala ke jari kaki. Walaupun paru-parunya tidak akan matang sepenuhnya sehinggalah hampir waktu dilahirkan, sikecil anda sudahpun menyedut cecair amnion untuk menguatkan paru-parunya dan berlatih untuk bernafas. 

Bagi sesetengah bayi, rambut sudahpun memenuhi kepala, tetapi ada juga bayi yang hanya mempunyai beberapa gumpal rambut sahaja. Rambut lebat semasa lahir tidak bermakna rambut lebat di kemudian hari, namun begitu, lazimnya kanak-kanak yang mempunyai rambut halus di zaman kanak-kanak akan mempunyai rambut yang jarang semasa dewasa. 

Jika bayi anda lelaki, testikel (buah zakar) sepatutnya turun dari abdomen dan masuk ke dalam skrotum (kantung zakar). Namun kadang-kala, satu testikel atau kedua-duanya tidak akan turun masuk ke tempatnya sehinggalah selepas kelahiran. Bagi dua pertiga bayi lelaki yang mempunyai testikel yang tak turun semasa lahir, keadaan ini akan pulih dengan sendirinya menjelang usianya satu tahun. 

Anda mungkin menambah berat badan sebanyak 450g setiap minggu, kerana dalam masa tujuh minggu sebelum lahir, bayi anda akan menambah lebih daripada setengah berat lahirnya. Pastikan anda makan secara sihat dalam minggu-minggu terakhir ini. 

http://www.babycenter.com.my/a1044624/perkembangan-fetus---hamil-32-minggu#ixzz2pETvTpe5

Rabu, 1 Januari 2014

Selamat Datang 2014

Hari ni hari pertama bekerja di tahun baru 2014...segala2nya bermula dengan semangat baru. Bangun pagi dah siap2kan rayyan utk pergi nursery.So aku pun siap2kan baju baby.siap sidai2 baju baby..rasa semangat sangat. Kalau boleh tahun ni adalah tahun yang terbaik untuk aku and my family.

Dengan semangat baru jugak aku bekerja di EBSB,Dato n Datin datang awal bebenor..nsb aku x lambat sangat. Tapi almost 9am jugakla..Pagi ini dimulakan dengan pembukaan dari Dato and Datin.Mereka mengharapkan semua staf grow dan bagi yang terbaik utk tahun 2014.Insyaallah aku akan bagi yang terbaik utk EBSB.

Dah setel jer master aku,aku akan bagi 100% full attention utk 1GET. 1GET sangat penting utk Dato and Datin dan aku harap aku dapat realisasikan impian mereka. Aku pon memang nak benda ni berjalan dengan jayanya sebab di mana aku bekerja aku nak pastikan aku boleh bg benefit to the company. Aku nak jugak menyumbang something.for the company. Aku xnak pentingkan kerja tp aku nak kerja yang membuat aku penting di mata manusia.

Dahla kot aku membebel,cumanya tahun baru 2014 ni aku harap semuanya adalah yang terbaik. Aku ingin menjadi muslim yang terbaik, seorang isteri yang terbaik,seorang ibu yang terbaik utk rayyan n my future baby, seorang anak yang terbaik dan seorang pekerja yang terbaik dan memberikan benefit utk company.


Khamis, 25 Julai 2013

Nak citer yg best-best ja

Alhamdulillah Allah dah berikan aku rezeki semula,sebelum ni aku diuji tapi kini Allah dah berikan yang terbaik untuk aku. Aku dh dpt keje selepas 3 bulan menganggur..lepas final bulan 6 aku dah sibuk cr keje..semak jugakla kepala bila xde keje.kesian kat si suami nak sara hidup aku.walaopun aku tahu dah mmg lumrah suami kena cari nafkah untuk isteri namun kita janganlah mengharapkan 100% daripada dia jer.kita kenala ringankan beban yang ditanggung suami agar hidup suami isteri bahagia kerana ada sikap tolong menolong. Alhamdulillah walupun suamiku kekurangan duit ringgit,namun dia kaya dengan kasih sayang. Itulah kata2 yang aku selalu bagitahu sesiapa sahaja mengenai suamiku. Sikapnya yang prihatin,suka menolong isteri dan rendah diri membuatkan aku bahagia dengan dia walaupun kami bukan hidup dlm senang lenang. Tapi kdg2 bergaduh gakla bila duit xdak kan.tp itu semua normal. aku tahu aku akan dpt kerja cuma lambat dan cepat sahaja.

Pada 17 Julai 2013 aku diterima bekerja di Empayar Baiduri Sdn Bhd sbg Software Engineer. Alhamdulillah perlahan2 hidupku akan berubah.Ini adalah berkat doa aku setiap hari yg x pernah putus2.aku berdoa nak kerja utk support keluarga,tlg suami,tlg ibu ayah and family serta sesiapa shj yg memerlukan pertolonganku. Aku tanya Allah..salahkah niat aku nak tlg org???hari2 aku menangis...tp skrg aku hanya perlu fokuskan kepada kerja aku.

Paling menggembirakan bila aku disahkan hamil 7 minggu...aku bersyukur sgt2 sbb mmg aku dan suami ada plan utk dpt anak lg.aku plan tahun depan bln2 aku nak branak.Alhamdulillah segala perancangan berjalan dengan lancar. So lps ni Rayyan akan dapat adik,so blehla dia main2 ngan adik dia dan meriahla suasana keluarga kami.

Mulai skrg aku akan update cerita2 menarik sepanjang kehidupan aku...aku harap kebahagian aku akan berkekalan smpai bila2 AMIN.
# gambar Rayyan umur 2thn 4 bulan.My beloved son, i love him so much.

Rabu, 17 Julai 2013

hari 1st

Hari ni merupakan hari pertamaku di Empayar Baiduri Sdn Bhd sebagai software engineer. Awal2 lagi aku dah kluar dr umah,lepas antaq rayyan p neseri terus aku ke tempat keje.alhamdulillah aku x mengalami jem yg teruk. tp esok rasanya kena naik lrt kot,jimat skit. kalo naik kete huh mampusla aku dgn tol lg, paking kete lg and minyak kete...so aku mmg sgt2 x mampu skrg ni. kena tggu gaji bulan depan masuk baru aku boleh bernafas. 

Skrg smua kena jimat2,dahla bulan posa ni smua makanan tgk tringin. tp aku kena kawal nafsu. pasal keje aku kat sini,alhamdulillah rakan2 sekerja semuanya ok...dan harapnya aku dapat bekerja dalam suasana yang ceria. alhamdulillah semua doa aku dah termakbul untuk mendapat keje yg ofis hour dan aku bolehla cuti 2 hari. cumanya aku kena keja bersungguh sungguh supaya aku x stress lagi. Caiyok kioh utk anakku, suamiku,ibu ayahku and familyku...bila aku masuk keja ni dah dapat projek baru. Huh 1GET,mcm tension jer nak buat, Tp insyaallah aku akan usahakan dengan sedaya upayaku. Moga2 Allah bantu segala urusanku. 

 AMIN


Selasa, 1 Januari 2013

Tahun Baru 2013

Tahun ni iaitu tahun 2013 aku mcm biasa x penah sambut,cuma yg bezanya tahun ni aku x ditinggalkan seorang diri...aku ingat nak ajak encik suami p celebrate dekat ICt shah alam ke,ataupun plg dekat dataran merdeka..at least adala jugak kenangan utk dibawa ke tahun 2013. Tapi encik suami mcm biasa bila dah blk keja x larat plak,sakit kakila,penatla smua ada dekat dia.last2 kami duduk jer kat umah smbl tgk tv...jam 10mlm dah bosan xde citer best,last2 decide utk tidor.so kitorg pon tidorla tanpa mempedulikan ari yang bersejarah buat smua org.bg aku dan suamiku semuanya x bermakna. tepat jam 12mlm,berdentum2 bunyi kat luar....tp aku terus sambung tido.kadang rasa sayang jugak sbb bukan slalu nak celebrate.tp nak buat mcmmana aku dah kenal sgt suamiku itu...kalo nak celebrate dgn aku mmg tak la.cuba kalo dgn family dia sanggup jer dia buat apa pon. so aku dah sedar siapa aku di mata dia... tiba2 tringat aku mcmmana sambutan tahun baru aku tahun lepas sangat menyedihkan.aku ditinggalkan seorang diri dkt rumah,lgsg x bgtau aku dia p mana.bila aku tanya mcm biasa dok kat umah.rupa2nya dia p celebrate dekat perak...siap p cameron highlands lg. smua family dia p except "me". sungguh tidak adil bukan bila dilayan mcm ni.padahal siapala aku,bukan aku ni isteri dia ker.patutnya dia xleh p mana2 tanpa aku. Bila aku tringat kisah aku ditinggalkan tanpa pemberitahuan,rasa mcm bengang semacam jer.tp sbb tahun baru punya pasal so aku lupakan ajer,start a new life with my husband and my beloved son rayyan(qye)...hehe.ape2 pun aku tetap sayangkan suamiku sbb diala pelengkap hidupku,dan dengan kehadiran anakku rayyan merupakan penyeri kehidupan kami. tahun 2012 adalah tahun yang paling menyedihkan sbb aku kehilangan anak kedua aku yg aku ingatkan akan menjadi penambah penyeri slps kehadiran rayyan,tp allah lebih sayangkan anak lelakiku yang aku namakan "Mohammad" dgn mengambilnya terlebih dahulu.apa2 pun aku x pernah lupakan anak kedua aku tu. dah lama aku x jenguk kubur arwah,aku rasa balik ni aku kena melawat kuburnya.rindu sgt pada anakku yg aku kandungkan selama 8bln 1/2...alhamdulillah aku msh ada rayyan. aku berharap sgt tahun baru 2013 akan memberikan sejuta kegembiraan buatku dan keluargaku.plg penting aku akan buat yg terbaik utk anak kesayanganku. aku berazam utk menjadi isteri yang baik, ibu yang baik utk rayyan,mendidik rayyan menjadi anak yang soleh,cerdik,berjaya dlam smua bidang. Paling penting aku nak jadi umat yang tebaik,solehah aminnnn.......... aku kena mantapkan kerjayaku jugak,asyik malas jer keje..hehe.smoga berjaya shakiroh welcome 2013!!!

Ahad, 11 Mac 2012

Hepi Birthday Rayyan!!!



Tahun ni tahun pertama rayyan sambut birthday dia...mcm aku plak semangat terlebih,sebulan sebelum birthday dia aku dah plan mcm2...nak buat itu ini,nak beli mcm2...but semuanya x berjalan seperti yang aku rancangkan. aku ingatkan aku kerja gaji bulan 1 bolehla aku celebrate b'day dia...but unfortunately(mcm biasa nsb aku x berapa baik2 mcm yg sblm2 ni) aku x dpt gaji so aku terpaksala melupakan hasrat aku...sedih bukan kepalang. Birthday party yang aku rancang for my 1st baby punah mcm tu jer....dalam hati aku nangis x sudah.aku tanya my hubby ada bajet x utk b'day rayyan, dia pon jawab xde...aku tau dia pon kalo boleh nak buat yang terbaik utk anak kami tp apakan daya semuanya takdir Tuhan,redho ajela.

Namun aku pon spendla skit duit,just beli kek utk dia...nak buat kenduri rayyan x ckp bajet.hanyalah kek yang aku idam2kan for my baby


Inilah kek rayyan yang aku tempah utk dihantar ke nursery... pastu aku pon g la beli brg2 nak buat makanan sampingan utk dihantar ke nursery. Yang tak bestnya dahla laki aku x blk...so aku jer ngan rayyan sibuk g shoping. Nak dijadikan cerita, rayyan xnak duduk plak dlm troli, siap menjerit hbs 1 yawata dengaq...aku mana ngan sarat perot, nak dukung dia lg n nak tolak troli lagi...huh sgt mencabar. last2 aku letak blk smua brg tu 1 apa pon x beli...hmmm punah harapan aku.

aku order apam polkadot jer utk my baby...nothing special.aku harap aku dapat lakukan yang terbaik pasni.bukan apa ini utk kenangan seumur hidup. aku sayang sangat dekat rayyan dan aku kalo boleh nak bg dia hepi.tp apakan daya aku bukan kaya mcm org lain. sbb tu aku berazam utk mengkayakan diriku utk anak tersayang.

anyway hepi birthday to my baby...i love rayyan


Isnin, 15 Ogos 2011

Lama x menulih...

Hmmm...lama giler aku x menulis ni.lepas jer aku berenti keje dr PRM ari tu sebab nak bisnes punya psl...so br skrg aku menjelma blk.hmm mmg rindu giler2 nak check web and baca blog kawan2 tp apakan daya oleh kerana kesibukan yang amat sgt...aku terpaksa melupakan hobi aku.

so skrg aku kembali sbb aku nak buat website PRM...nak cari duit lebih utk raya ni.kalo aku x keje so x berayalah aku tahun ni.aku tgh serabut kepala ni memandangkan nasib aku yang x hbs2 ditimpa masalah.yelah kalo xde mslh x bestla hidup....tp mslhnya hidup aku seringkali bermasalah.nak buat cane dah aku sorg yang kuat...jadi ALlah akan sentiasa uji aku.

Khamis, 16 Jun 2011

Miss My Son

Hai rindu bebenor dekat anak aku rayyan...smenjak aku berjauhan dari dia ni, aku rasa mcm dah x betol dah. rasa pening2 lalat, malas nak buat keja,rasa cam nak jerit...n mcm2 lagi.hai xtaulah cane aku nak ubatkan hati aku nih. aku kena tinggalkan dia sekejap dekat makayah aku, nak balik slalu jenguk dia mana bleh melainkan cuti jumaat jer aku leh tgk dia. Yang mak aku plak xnak bg aku ambik dia balik...kalo bleh nak jaga rayyan sampai bila2...hai mana bleh cani,kesunyianla aku tanpa baby tersayang.dahla sebelum ni dah sunyi dah, pastu skrg ada anak pon nak kena kesunyian lagi...haru haru.

tapi hari ni khamis so aku nak p amik anak aku balik...no matter what.xpala kalo makayah aku rindu kat rayyan depa leh mai slalu.aku jer yang xleh blk jenguk anak aku sbb keja, mcm depa bukan ada keja.hehe...

today rayyan your mum back...miss u so much mmmuah.

Selasa, 17 Mei 2011

Diariku...18 Mei 2011 koi 4 pagi...

Ari ni koi 4 pagi rayyan dah kejut aku bgn tido…ingatkan nak ape.rupa2nya nak ajak main…hoho.dahla br pejam mata x smpai sejam dia dah jaga dah…huhu.ingatkan nak susu…bgla susu smpai dia kenyang tapi x tido2 jugak,dahla buat bising pagi2 buta.dia bukan nangis tp dok jerit sorang2.nak srh aku layan ler tu…so aku bangunla ngan dia sembang smpai pg.last2 aku kena bersiapla g keje.x sompet den nak tido huhu…biasala dah jadik ibu ni kan.tp aku x geram pon,lg bertambah smgt adala nak kerja…cumanya lali skitla.haha…

Bila keja asyik teringat rayyan…haha lawakla my baby boy ni.sangat cergas…itula dulu org slalu kata kat aku yg anak aku nnt mst cergas sbb mak dia cergas…skrg ni mmg btoi pon.dia dah amik energy aku…last2 aku plak yg lembik.alhamdulillah ada suami yang memahami…boleh dikatakan kerja2 rumah dia yang buat.aku stakat jaga anak jer…jaga malam2.kalo kluaq jalan shoping mmg aku x pegang pon…smua laki aku yang jaga.lega rasanya dpt suami yang very the sporting n caring. “I lap U lah”.Oleh kerana aku dapat suami yang selama ni aku idam-idamkan so aku nak tujukan lagu ni utk dia…walopon dia bukan tahu.But dalam hati aku tetap mengagumi si suami.aku akan buat apa sahaja untukmu…cewah ayat romantisla plak.kah kah…but it is true…dulu kini dan selamanya alwayzzz love u.apa kes aku jiwang karat ni…td citer psl anak,lani psl suami plak.





Sbenaqnya sblm ni aku slalu salahkan suami aku…semuanya x kena di mata aku.dia x amik beratla,dia x syg akula…pdhal ka…dia very loving couple…bleh nmpk cara dia layan aku.cumanya dia xleh nak bg full time kasih sayangla…well dia byk tanggungjawab lain.but now I understand…

So stop for today…will continue tomolo.

Ahad, 15 Mei 2011

Risau...hatiku risau.

Jam 12.45 pagi…aku terjaga dari tidoq…terkejut bila dengaq rayyan batuk tanpa henti.kesiannya anak aku…nak tolong camne pon aku xtau.aku bleh Nampak betapa sakitnya dia.yang aku boleh buat hanyalah gosok vicks kat blakang n depan dada dia.dalam hati berdoa moga2 ringan sikitla kesakitan yang dialami oleh si kecilku rayyan.penuh atas katil bekas dia muntah…aku pon bancuhla susu bg suam2 skit utk hilangkan kahak…Alhamdulillah batuk dia pon kurangla skit.nak bwk g hospital,aku sorg ja…tgh malam plak tu.last skali aku tawakal pada allah saja,mudah2an semua slamat.

Time dia nak tidoq ja…dia senyum jer kat aku.senyuman pon dalam keadaan meletihkan.ni yg buat aku bertambah sebak nih huhu…aku pegang tangan dia.harap2 dia faham yang aku sayang kat dia.Bangun pagi ni…batuk x hilang lagi.alahai padahal aku nak kena g keja…nak x nak terpaksala aku antaq dia umah pengasuh.seganla plak aku nak amik cuti ja memanjang,takut org cakap smua tu alasan semata-mata.jadi dengan berat hati aku terpaksa tinggalkan dia.Aku yakin dengan janji Allah,aku hanya berserah kepadaNya.suami aku pon kata nak antaq dia p spital pagi nih…lega skit hati aku bila dengaq.

Persoalan kat sini adakah aku terlalu mementingkan kerjaya berbanding anak aku?hmmm…seboleh-bolehnya aku nak seimbangkan kedua-duanya.mmg aku agak pentingkan kerja,sebab smua yang aku buat hanyalah untuk bagi yang terbaik untuk anakku rayyan.bukan aku kena pikiaq pasl rayyan jer,byk lg yg bermain dlm otak aku ni…antaranya nak jaga makayah aku lagi.penat jer depa antaq aku skolah tinggi,last2 skali aku lgsg xleh nak tolong depa. Aku harap pengorbanan yang aku lakukan akan dibalas oleh Allah SWT.

Isnin, 9 Mei 2011

Tahun Pertama Celebrate Hari Ibu

Rayyan..My Lovely Son
Bertuah sgt aku...tahun ni adalah tahun pertama aku bergelar ibu...sblm ni aku slalu dok nyanyi lagu "ibu...ibu...engkaulah ratu hatiku..."dekat mak aku.skrg ni aku nak jugak dengaq anak aku sndr nyanyi lagu tu kat aku...haha.apa daaa...rayyan bukan bleh ckp lagi hehe...tp aku tau rayyan wish dlm hati hehe.stiap masa mst dia senyum tgk aku.pandang jer muka aku...suka pegang tangan aku.kalo bleh nak jer aku jaga dia stiap masa...but what to do,aku kena kerja la.

Tahun pertama bergelar ibu...mmg best.satu pengalaman yg paling manis.so sweet...dah lama aku tggu saat ni..and akhirnya hajat aku kesampaian.Oleh kerana my baby xleh nak wish lg...so aku wish utk diri sendirila...

Hepi mothers day...
Being a mother is one of the highest salaried jobs... since the payment is pure love. walaopon letih...tp mmg berbaloi-baloi.

aku ambik kata2 dari Sophia Loren,Women and Beauty

"When you are a mother, you are never really alone in your thoughts. A mother always has to think twice, once for herself and once for her child. "

same goes to me...everytime i just think about my baby....hehe.rindu woo kat rayyan.nak sembang ngan dia.dia dah pandai senyum and pandai bg feedback bila aku ckp ngan dia.Caiyok rayyan...teruskan usaha.begitu bernilainya kasih ibu...sama jugak mcmmana mak aku syg aku sblm ni...thanks to my mum...i love u.

Khamis, 28 April 2011

Aku kembali ramping...



Salam...

Dah lama aku x tulis pape lam ni...bukan x dak citer tp rasa mls plak nak nulis.keja aku dok explore brg2 baby ...konon2 nak beli dekat rayyan(my little boy)..syok sgt kalo bleh brg utk dia. Tp ikut bajetla..kalo duit xdak stakat tgk sajala.alhamdulillah berkat bisnes kecil-kecilan yang aku buat, dapatla aku beli brg2 utk anak aku hehe...

Baru2 ni lepas jer aku hbs pantang, so kembalilah aku ke umah sewa kat taman melor jitra kedah. aku pon apa lagi...jalan2 ler keliling taman sambil dok tegur sapa.rindu kat jiranla katakan.soalan pertama yang depa tanya aku adalah " camner kiroh leh slim ni...makan jamu apa?"...aku pon katala x makan apa pown.depa tanya lagi...(xpuas hati kot,nak srh aku kongsi cerita) depa nak try gak jamu apa aku makan.kali ni tanya "masa pantang makan produk apa?"..so aku pon jawabla."mana ada makan apa,nak makan jamu panas sebab anak nyusu bdn so kesian baby". ada sorang lg plak tanya, "makan vitamin ka"...aku pon gelakla...vitamin lgla aku x makan,ntah tang mana aku buang pon aku x tau...so pakat heranla jiran2 aku nih. kesian aku dok tgk depa dok tertanya2 sangat, last2 aku habaqla rahsia kesliman aku...wakaka.

aku ni bukan makan jamu...vitamin lagila x penah sentuh...tp rahsia aku, aku pakai slimming cream keluaran FIRST GRADE. ni k.ina aku la punya kerja,dia kata aku gemokla pas branak..so dia srh aku pakai bengkong...lgla aku xmo.pakai bengkong seksa siut...lenguh2 bdn smentara nak tggu pagi(sbb aku pakai malam).dengan nak bg anak susu lagi...eee rimasla aku.last2 k.ina aku srh beli slimming cream kat dia.aku dengan xdak duit aku utang sat kat dia.lagipon aku bukan percaya sangat produk2 ni...tp aku pakaila xmo bg kecik hati.xdan brape hari perotku kembali langsing seperti anak dara...kebaya pon dah bleh pakai.yang bestnya kesan rekahan dengan paha aku hilang dengan 3 ari sapuan. Tp produk ni panas skitla...maklumla nak bakaq lemak.panas2 pon dia rasa sejuk mcm pakai minyak cap kapak kat kpala...syok sgt.bau dia mmg wangiiiiii..........aku suka sgt.aku pakai jenama Romance...mmg best.Laki aku apa lagi...puji sakanla,"comey bini saya ni hehe...mcm ni la, saya cukup x suka bini gemuk2",kembang kempis hidung aku dengan suami puji...hehe.maklumla laki aku ni ckp lokek nak puji..asik aku ja puji dia,skali skala nak jgk dengaq dia puji haha.

so aku dah kongsikan dengan hangpa semua...sape2 yang tertanya2 camner aku langsing...inilah jawapannya.Chow!!!

p/s : sape2 nak produk ni,leh bgtau aku..kot2la xtau nak cari tang mana...just inform me.I'll letu know.