Selasa, 1 Januari 2013

Tahun Baru 2013

Tahun ni iaitu tahun 2013 aku mcm biasa x penah sambut,cuma yg bezanya tahun ni aku x ditinggalkan seorang diri...aku ingat nak ajak encik suami p celebrate dekat ICt shah alam ke,ataupun plg dekat dataran merdeka..at least adala jugak kenangan utk dibawa ke tahun 2013. Tapi encik suami mcm biasa bila dah blk keja x larat plak,sakit kakila,penatla smua ada dekat dia.last2 kami duduk jer kat umah smbl tgk tv...jam 10mlm dah bosan xde citer best,last2 decide utk tidor.so kitorg pon tidorla tanpa mempedulikan ari yang bersejarah buat smua org.bg aku dan suamiku semuanya x bermakna. tepat jam 12mlm,berdentum2 bunyi kat luar....tp aku terus sambung tido.kadang rasa sayang jugak sbb bukan slalu nak celebrate.tp nak buat mcmmana aku dah kenal sgt suamiku itu...kalo nak celebrate dgn aku mmg tak la.cuba kalo dgn family dia sanggup jer dia buat apa pon. so aku dah sedar siapa aku di mata dia... tiba2 tringat aku mcmmana sambutan tahun baru aku tahun lepas sangat menyedihkan.aku ditinggalkan seorang diri dkt rumah,lgsg x bgtau aku dia p mana.bila aku tanya mcm biasa dok kat umah.rupa2nya dia p celebrate dekat perak...siap p cameron highlands lg. smua family dia p except "me". sungguh tidak adil bukan bila dilayan mcm ni.padahal siapala aku,bukan aku ni isteri dia ker.patutnya dia xleh p mana2 tanpa aku. Bila aku tringat kisah aku ditinggalkan tanpa pemberitahuan,rasa mcm bengang semacam jer.tp sbb tahun baru punya pasal so aku lupakan ajer,start a new life with my husband and my beloved son rayyan(qye)...hehe.ape2 pun aku tetap sayangkan suamiku sbb diala pelengkap hidupku,dan dengan kehadiran anakku rayyan merupakan penyeri kehidupan kami. tahun 2012 adalah tahun yang paling menyedihkan sbb aku kehilangan anak kedua aku yg aku ingatkan akan menjadi penambah penyeri slps kehadiran rayyan,tp allah lebih sayangkan anak lelakiku yang aku namakan "Mohammad" dgn mengambilnya terlebih dahulu.apa2 pun aku x pernah lupakan anak kedua aku tu. dah lama aku x jenguk kubur arwah,aku rasa balik ni aku kena melawat kuburnya.rindu sgt pada anakku yg aku kandungkan selama 8bln 1/2...alhamdulillah aku msh ada rayyan. aku berharap sgt tahun baru 2013 akan memberikan sejuta kegembiraan buatku dan keluargaku.plg penting aku akan buat yg terbaik utk anak kesayanganku. aku berazam utk menjadi isteri yang baik, ibu yang baik utk rayyan,mendidik rayyan menjadi anak yang soleh,cerdik,berjaya dlam smua bidang. Paling penting aku nak jadi umat yang tebaik,solehah aminnnn.......... aku kena mantapkan kerjayaku jugak,asyik malas jer keje..hehe.smoga berjaya shakiroh welcome 2013!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan