Assalamualaikum...
Hari ni penutup untuk bulan 1,dah 31 januari 2015. Alhamdulillah aku p keja macam biasa.Niat nak cari rezeki yang Halal,namun sebaliknya yang berlaku.Biarlah rahsia,tp memang sedih sgt2.. Aku hanya mampu berdoa semoga Allah permudahkan segala urusanku.Amin
Memaparkan catatan dengan label Motivasi Diri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Motivasi Diri. Papar semua catatan
Sabtu, 31 Januari 2015
Rabu, 28 Januari 2015
MUHASABAH DIRI
+ Siti Hajar tidak pernah teragak-agak apabila mendapat tahu Allah memerintahkan suaminya meninggalkan beliau di padang pasir yang kering kontang dan tanpa manusia;
+ Sayyidina Ali a.s. tidak pernah teragak-agak untuk tidur di perbaringan Baginda SAW ketika diperintahkan oleh Baginda SAW untuk mengabui kaum musyrikin ketika peristiwa Hijrah;
+ Asma binti Abu Bakar al-Siddiq tidak pernah mengeluh menghantar makanan walau terpaksa mendaki Gua Thur yang tinggi ketika sarat hamil demi menyediakan bekalan makanan dan minuman untuk ayahandanya dan Baginda SAW.
+ Para sahabat ranhum tiada seorang pun teragak-agak untuk tidak berhijrah meninggalkan Mekah walaupun masing-masing sudah memiliki rumah-rumah dan sanak keluarga di Mekah apabila diperintahkan Hijrah ke Madinah dan banyak kisah-kisah teladan lain untuk kita jadikan iktibar bahawa apabila ketaqwaan itu tinggi, ketaatan kepada Allah bukan lagi suatu yang menyusahkan tetapi menjadi suatu yang mudah bahkan nikmat.
Sama-samalah kita tingkatkan ketaqwaan kita. Salam Ma'al Hijrah 1436H...
Dipetik dari fb https://www.facebook.com/semakdiri ...
#Sekali sekala kita muhasabah diri...Macam aku ingin menjadi yang terbaik.Untuk renungan kita bersama.Bermuhasabah di pagi hari untuk memperbaiki diri.Yang mana terkurang kita pertingkatkan,yang mana terlopong kita tampalkan,yang mana tercarik kita satukan dan yang mana buruk kita cantikkan.
Isnin, 24 Januari 2011
Tips mudah yang mengubah kehidupan anda?
Setiap orang pasti mempunyai tips motivasi yang begitu memberi kesan dalam hidupnya. Walaupun perkara itu nampak mudah atau ‘simple’ sahaja, tetapi sebenarnya perkara itu begitu memberi kesan dalam hidup individu tersebut. Dan salah satu tips yang begitu memberi kesan kepada saya adalah setelah membaca sebuah tips mudah dari Frank Tibolt. Dalam bukunya iaitu ‘Sentuhan Kejayaan’, beliau telah berkongsi cara mudah untuk mengubah hidup anda. Ini adalah kisah mengenai saya pada 5-6 tahun lepas. Tips untuk berjaya dan mendapatkan perkara yang anda mahukan. Tips tersebut begitu memberi kesan dalam kehidupan saya. Boleh dikatakan saya masih mengamalkan tips tersebut walaupun kadang-kala kemalasan sedikit melanda.Hehe.. Tapi ianya betul-betul berkesan. Perkara yang perlu anda buat adalah: 1.Setiap malam sebelum tidur, senaraikan 6 perkara yang akan anda lakukan keesokkan harinya. 2. Kenalpasti perkara yang penting dan segera yang perlu dilakukan antara aktiviti tersebut. Rankingkan ia. Letak ‘list’ tersebut di atas meja. 3. Apabila bangun daripada tidur, lihat perkara tersebut dan mula melakukannya berdasarkan keutamaan. 4.Teruskan melakukan perkara tersebut sehinggalah hari anda tamat. Usah risau jika anda tidak dapat melakukan atau menyelesaikan kesemua aktiviti tersebut. Sekurang-kurangnya anda telah maju kehadapan berbanding orang yang lain dengan melakukan perkara penting. Hatta walaupun perkara yang pertama pun belum berjaya diselesaikan. Hal ini kerana anda sedang melakukan perkara yang utama. Pengalaman saya mengenai tips ini adalah, kadang-kala saya sedikit malas untuk mengikutnya kerana terpengaruh melakukan perkara lain yang kurang penting. Tetapi apabila melihat senarai ini, membuat saya sedikit sedar mengenainya. Lama-kelamaan perasaan bersalah ini bertambah dan terusnya melakukannya. Selamat mencuba tips ini. Apa kata anda cuba dan praktikannya. Salam inspirasi. |
Langgan:
Catatan (Atom)




