Berat bayi dalam kandungan anda sekarang lebih kurang 1.7kg dan panjangnya lebih kurang 42sm dari kepala ke jari kaki. Walaupun paru-parunya tidak akan matang sepenuhnya sehinggalah hampir waktu dilahirkan, sikecil anda sudahpun menyedut cecair amnion untuk menguatkan paru-parunya dan berlatih untuk bernafas.
Bagi sesetengah bayi, rambut sudahpun memenuhi kepala, tetapi ada juga bayi yang hanya mempunyai beberapa gumpal rambut sahaja. Rambut lebat semasa lahir tidak bermakna rambut lebat di kemudian hari, namun begitu, lazimnya kanak-kanak yang mempunyai rambut halus di zaman kanak-kanak akan mempunyai rambut yang jarang semasa dewasa.
Jika bayi anda lelaki, testikel (buah zakar) sepatutnya turun dari abdomen dan masuk ke dalam skrotum (kantung zakar). Namun kadang-kala, satu testikel atau kedua-duanya tidak akan turun masuk ke tempatnya sehinggalah selepas kelahiran. Bagi dua pertiga bayi lelaki yang mempunyai testikel yang tak turun semasa lahir, keadaan ini akan pulih dengan sendirinya menjelang usianya satu tahun.
Anda mungkin menambah berat badan sebanyak 450g setiap minggu, kerana dalam masa tujuh minggu sebelum lahir, bayi anda akan menambah lebih daripada setengah berat lahirnya. Pastikan anda makan secara sihat dalam minggu-minggu terakhir ini.
http://www.babycenter.com.my/a1044624/perkembangan-fetus---hamil-32-minggu#ixzz2pETvTpe5
0 ulasan:
Catat Ulasan