Setiap orang pasti mempunyai tips motivasi yang begitu memberi kesan dalam hidupnya. Walaupun perkara itu nampak mudah atau ‘simple’ sahaja, tetapi sebenarnya perkara itu begitu memberi kesan dalam hidup individu tersebut. Dan salah satu tips yang begitu memberi kesan kepada saya adalah setelah membaca sebuah tips mudah dari Frank Tibolt. Dalam bukunya iaitu ‘Sentuhan Kejayaan’, beliau telah berkongsi cara mudah untuk mengubah hidup anda. Ini adalah kisah mengenai saya pada 5-6 tahun lepas. Tips untuk berjaya dan mendapatkan perkara yang anda mahukan. Tips tersebut begitu memberi kesan dalam kehidupan saya. Boleh dikatakan saya masih mengamalkan tips tersebut walaupun kadang-kala kemalasan sedikit melanda.Hehe.. Tapi ianya betul-betul berkesan. Perkara yang perlu anda buat adalah: 1.Setiap malam sebelum tidur, senaraikan 6 perkara yang akan anda lakukan keesokkan harinya. 2. Kenalpasti perkara yang penting dan segera yang perlu dilakukan antara aktiviti tersebut. Rankingkan ia. Letak ‘list’ tersebut di atas meja. 3. Apabila bangun daripada tidur, lihat perkara tersebut dan mula melakukannya berdasarkan keutamaan. 4.Teruskan melakukan perkara tersebut sehinggalah hari anda tamat. Usah risau jika anda tidak dapat melakukan atau menyelesaikan kesemua aktiviti tersebut. Sekurang-kurangnya anda telah maju kehadapan berbanding orang yang lain dengan melakukan perkara penting. Hatta walaupun perkara yang pertama pun belum berjaya diselesaikan. Hal ini kerana anda sedang melakukan perkara yang utama. Pengalaman saya mengenai tips ini adalah, kadang-kala saya sedikit malas untuk mengikutnya kerana terpengaruh melakukan perkara lain yang kurang penting. Tetapi apabila melihat senarai ini, membuat saya sedikit sedar mengenainya. Lama-kelamaan perasaan bersalah ini bertambah dan terusnya melakukannya. Selamat mencuba tips ini. Apa kata anda cuba dan praktikannya. Salam inspirasi. |
Isnin, 24 Januari 2011
Tips mudah yang mengubah kehidupan anda?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan