Rabu, 28 Januari 2015

MUHASABAH DIRI






+ Nabi Allah Ismail a.s. tidak pernah teragak-agak untuk menyerahkan dirinya apabila dikhabarkan oleh Ayahandanya bahawa Allah SWT memerintahkan Baginda menyembelihnya;

+ Siti Hajar tidak pernah teragak-agak apabila mendapat tahu Allah memerintahkan suaminya meninggalkan beliau di padang pasir yang kering kontang dan tanpa manusia;

+ Sayyidina Ali a.s. tidak pernah teragak-agak untuk tidur di perbaringan Baginda SAW ketika diperintahkan oleh Baginda SAW untuk mengabui kaum musyrikin ketika peristiwa Hijrah;

+ Asma binti Abu Bakar al-Siddiq tidak pernah mengeluh menghantar makanan walau terpaksa mendaki Gua Thur yang tinggi ketika sarat hamil demi menyediakan bekalan makanan dan minuman untuk ayahandanya dan Baginda SAW.

+ Para sahabat ranhum tiada seorang pun teragak-agak untuk tidak berhijrah meninggalkan Mekah walaupun masing-masing sudah memiliki rumah-rumah dan sanak keluarga di Mekah apabila diperintahkan Hijrah ke Madinah 
dan banyak kisah-kisah teladan lain untuk kita jadikan iktibar bahawa apabila ketaqwaan itu tinggi, ketaatan kepada Allah bukan lagi suatu yang menyusahkan tetapi menjadi suatu yang mudah bahkan nikmat.
Sama-samalah kita tingkatkan ketaqwaan kita. Salam Ma'al Hijrah 1436H...

Dipetik dari fb https://www.facebook.com/semakdiri ... 
#Sekali sekala kita muhasabah diri...Macam aku ingin menjadi yang terbaik.Untuk renungan kita bersama.Bermuhasabah di pagi hari untuk memperbaiki diri.Yang mana terkurang kita pertingkatkan,yang mana terlopong kita tampalkan,yang mana tercarik kita satukan dan yang mana buruk kita cantikkan.

0 ulasan:

Catat Ulasan