Sabtu, 28 November 2015

Majlis Perkahwinan Shariman & Afira

Semalam selesai fotografi untuk majlis pernikahan Afira and Shariman..hari ini tugas untuk fotografi majlis perkahwinan di rumah pengantin perempuan pulak iaitu di Taman Jaya Fasa 1 Mergong Alor Setar Kedah...







Pernikahan Shariman & Afira

Alhamdulillah selesai sudah pernikahan antara Shariman dan Afira...Kita doakan semoga kebahagiaan akan mengiringi kedua2 mempelai ini. Majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Ubudiyah Mergong ini berlalu dgn lancar....Majlis Pembatalan air sembahyang dilakukan di rumah pengantin perempuan dan disertai oleh kedua2 keluarga pengantin.Ini adalah sebahagian dari foto pernikahan mereka...









Isnin, 26 Oktober 2015

Cabaran Bergelar ...

Tajuk tu sebenarnya tertulis bila idea dah kering di otak...dari pagi tadi aku di sini, di meja ini, di library ini...bangun sat,duduk balik.Semuanya sebab nak siapkan assignment.Sebenarnya assignment aku simple jer...tp biasala bila tajuk x finalize lagi..aku merapu macam2la.

Bila aku menulis blog ni aku terpikir..

Cabaran bergelar ibu,
sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak2nya...
bila ibu nak buat keja,depa kacau...terppaksa tangguh dl keja tu...

Cabaran bergelar isteri,
kena sentiasa patuh cakap suami...
walau keja penat mcmmana pon...balik umah kena masak utk suami..
kadang2 keja kita belambak2 lagi..lupakan sekejap.asalkan si suami boleh makan.

Cabaran bergelar pelajar,
nak kena siapkan assignment..ni yg paling aku tension.
otak semak pikir...assignmen x siap2 pon...
paling suka buat last minit
apabila semua gelaran di atas disandang oleh seorang wanita...

So apa yang aku boleh buat...
BERSABAR, BERTEKAD, BERDOA, BERTAWAKAL, BERGERAK,BERBINCANG and so on...

jauh lagi perjalanan namun insyaallah akan aku teruskan selagi terdaya.
people say PHD is hard...yes actually that true...for me but i dont know about others ...

Sabtu, 10 Oktober 2015

Wedding Photographer

Dah lama x update blog ni..oleh kerana sibuk ngan macam2 kerja..hari ni aku boring2 so aku updatela skit2.Padahal kerja nak buat belambak2 lagi...artikel nak kena baca aku hold sat.nak update gambaq skit.

Alhamdulillah selesai sudah tugas aku untuk wedding photography untuk pasangan Faiz dan Ema.Pasangan yang serasi,sama cantik sama padan ni memberikan full cooperation.Memang superb la depa ni.Walaupun si lelaki macam malu2 sikit, tp bila aku dok buat ramah aku,hilang teruih malu dia.setiap posing dia relax jer and x kaku lagi.

ok sampai sini dulu..nanti aku update lain.Nak edit gambaq depa plak.caucincau...

Sabtu, 31 Januari 2015

Tabahkan Hati Wahai Hati

Assalamualaikum...

Hari ni penutup untuk bulan 1,dah 31 januari 2015. Alhamdulillah aku p keja macam biasa.Niat nak cari rezeki yang Halal,namun sebaliknya yang berlaku.Biarlah rahsia,tp memang sedih sgt2.. Aku hanya mampu berdoa semoga Allah permudahkan segala urusanku.Amin

Rabu, 28 Januari 2015

Masad Cafe : Untuk Tenaga dan Minda




Tahukah anda yang MASAD CAFE ini mengandungi campuran madu,habbatus sawda',






MUHASABAH DIRI






+ Nabi Allah Ismail a.s. tidak pernah teragak-agak untuk menyerahkan dirinya apabila dikhabarkan oleh Ayahandanya bahawa Allah SWT memerintahkan Baginda menyembelihnya;

+ Siti Hajar tidak pernah teragak-agak apabila mendapat tahu Allah memerintahkan suaminya meninggalkan beliau di padang pasir yang kering kontang dan tanpa manusia;

+ Sayyidina Ali a.s. tidak pernah teragak-agak untuk tidur di perbaringan Baginda SAW ketika diperintahkan oleh Baginda SAW untuk mengabui kaum musyrikin ketika peristiwa Hijrah;

+ Asma binti Abu Bakar al-Siddiq tidak pernah mengeluh menghantar makanan walau terpaksa mendaki Gua Thur yang tinggi ketika sarat hamil demi menyediakan bekalan makanan dan minuman untuk ayahandanya dan Baginda SAW.

+ Para sahabat ranhum tiada seorang pun teragak-agak untuk tidak berhijrah meninggalkan Mekah walaupun masing-masing sudah memiliki rumah-rumah dan sanak keluarga di Mekah apabila diperintahkan Hijrah ke Madinah 
dan banyak kisah-kisah teladan lain untuk kita jadikan iktibar bahawa apabila ketaqwaan itu tinggi, ketaatan kepada Allah bukan lagi suatu yang menyusahkan tetapi menjadi suatu yang mudah bahkan nikmat.
Sama-samalah kita tingkatkan ketaqwaan kita. Salam Ma'al Hijrah 1436H...

Dipetik dari fb https://www.facebook.com/semakdiri ... 
#Sekali sekala kita muhasabah diri...Macam aku ingin menjadi yang terbaik.Untuk renungan kita bersama.Bermuhasabah di pagi hari untuk memperbaiki diri.Yang mana terkurang kita pertingkatkan,yang mana terlopong kita tampalkan,yang mana tercarik kita satukan dan yang mana buruk kita cantikkan.

Rabu, 21 Januari 2015

HAI 2015

Assalamualaikum...

Selamat Datang 2015..awat lambat sgt nak wish.Maklumlah sebelum ni x sempat nak berblogging..so today dah ada masa br nak update blog setelah sekian lama menyepi.So skrg aku buat come back.Kalau sebelum ni last post aku pasal mengandung,skrg of course la aku dah branak...dari tahun lepas bulan 2 2014 aku melahirkan permata hati aku SYAKIRA RIEFHAN,dan bulan 2 dah nak masuk setahun dah anak aku.How time flies....sangat dasyat.

Tahun 2015,perkembangan aku...masih lagi isteri kepada MOHD SYAHRUL AZILAN BIN MAT ISA. Anak aku SYAHRIEFQYE RAYYAN dah masuk 4 tahun.Dia sangatlah cakap banyak,and dah pandai pertikai itu ini,pandai dah nak pilih fesyen baju sendiri,baju mana dia x suka xmo pakai...and macam2 lagi.Tapi aku happy sebab boleh dok pot pet2 ngan dia stiap hari maka x jemulah kehidupan aku.

Kemudian aku dianugerahkan seorang anak pompuan yang comel and quite aktif..SYAKIRA RIEFHAN.Sangat teruja bila dah dilengkapi hidup dengan sepasang anak yang comel2 bagiku.mestilah dah anak sendiri kenalah puji kan. So tahun 2015 aku masih lagi di PRMGV,and stay di JITRA.aku rasa memang aku dah ditakdirkan di sini,so aku redho dengan apa yang Allah dah tetapkan untuk aku. 2015 seperti aku dan suami bagai baru nak memulakan hidup baru...semuanya bermula dengan 0 and pelan2 kami menapak untuk membesarkan anak2ku dan menjadi hamba yang soleh and solehah.

So target 2015 aku ingin menjadi seorang anak,isteri yang terbaik..seorang ibu yang sangat2 penyabar,seorang staf yang berjiwa cekal and amanah...dan yang paling penting seorang hamba yang solehah.Itu janji aku dan aku akan cuba pelan2 untuk berubah.Kalau target dr segi kehidupan yang cemerlang insyaallah aku aim rumah banglo sebijik dekat ngan tasik tu...and SHAKIEY ENTERPRISE berkembang maju.Kalau x dapat semua tu tahun ni,insyaallah aku akan usaha and usaha lagi.Kan orang cakap usaha tu tangga LIF.

Itu saja yang aku ingin target for this year..hopefully i can achieve!!!Strive hard for the super duper best.

Isnin, 13 Januari 2014

Setia Pada Yang Satu


Mesti ramai yang tertanya2..kenapela minah ni dari dl asyik minum kopi ni jer. Mesti dah bosan dengar psl Masad Cafe. Bagi aku x jemu untuk memperkatakan psl produk ni..sbbnya aku dah merasai keberkesanannya sejak tahun 2011 lagi. Bukan aku jer malah ahli keluarga aku and kawan2 yang mana rasa mesti diorang x pernah kecewa. Dengan masad cafe aku bertenaga,dengan masad cafe aku bahagia and dengan masad cafe jugak aku menjadi wanita yang kuat.

Anyway ramai jugak yang tanya aku camner aku kekal cergas dulu kini dan selamanya. Aku memang xde rahsia melainkan aku hanya amik masad cafe setiap pagi.Kadang ada jugakla bila stok dah hbs so aku x minumla..Tp yang pasti bila hidup dikelilingi dengan tanggungjawab dan urusan yang tak pernah habis menjadikan kita memerlukan sesuatu untuk mengekalkan kecergasan. Aku pon ada masa jugak aku jem or hang seketika...tp kena bangkitla dgn azam yang kuat.

Yang aku ingat,rasanya dh lama aku x sakit..bukan aku nak sombong tp itulah kenyataan.Baru2 ni bleh dikatakn satu ofis demam serentak,bila musim ujan ari tu. Alhamdulillah aku terkecuali drpd sebarang penyakit..semuanya berkat aku mengamalkan sunnah rasulullah iaitu minum campuran madu dan habbatus sawda. Sekarang aku dah yakin dan aku sarankan orang ramai meyakini apa yang telah terkandung dalam Al-Quran dan As-Sunnah.

Penat merepek..nak p bancuh masad cafe sat.
Bye

Khamis, 2 Januari 2014

32 Minggu Dah

Eh..sedar x sedar kandungan aku dah masuk 32 minggu..rasa mcm x percaya pon ada. Tapi aku kena hati-hati kali ni sbb aku dah penah kehilangan seorang bayi dan aku nak bayi kali ni sihat sepenuhnya.Mungkin sebelum ni Allah bagi dugaan kepadaku. So aku kena jaga elok2,no more stress and kena sentiasa makan makanan yang sihat. Kalo ada rasa pape terus ke hospital jer..biar org kata mengada asalkan aku x merasa lagi kehilangan.


Berat bayi dalam kandungan anda sekarang lebih kurang 1.7kg dan panjangnya lebih kurang 42sm dari kepala ke jari kaki. Walaupun paru-parunya tidak akan matang sepenuhnya sehinggalah hampir waktu dilahirkan, sikecil anda sudahpun menyedut cecair amnion untuk menguatkan paru-parunya dan berlatih untuk bernafas. 

Bagi sesetengah bayi, rambut sudahpun memenuhi kepala, tetapi ada juga bayi yang hanya mempunyai beberapa gumpal rambut sahaja. Rambut lebat semasa lahir tidak bermakna rambut lebat di kemudian hari, namun begitu, lazimnya kanak-kanak yang mempunyai rambut halus di zaman kanak-kanak akan mempunyai rambut yang jarang semasa dewasa. 

Jika bayi anda lelaki, testikel (buah zakar) sepatutnya turun dari abdomen dan masuk ke dalam skrotum (kantung zakar). Namun kadang-kala, satu testikel atau kedua-duanya tidak akan turun masuk ke tempatnya sehinggalah selepas kelahiran. Bagi dua pertiga bayi lelaki yang mempunyai testikel yang tak turun semasa lahir, keadaan ini akan pulih dengan sendirinya menjelang usianya satu tahun

Anda mungkin menambah berat badan sebanyak 450g setiap minggu, kerana dalam masa tujuh minggu sebelum lahir, bayi anda akan menambah lebih daripada setengah berat lahirnya. Pastikan anda makan secara sihat dalam minggu-minggu terakhir ini. 

http://www.babycenter.com.my/a1044624/perkembangan-fetus---hamil-32-minggu#ixzz2pETvTpe5

Rabu, 1 Januari 2014

Selamat Datang 2014

Hari ni hari pertama bekerja di tahun baru 2014...segala2nya bermula dengan semangat baru. Bangun pagi dah siap2kan rayyan utk pergi nursery.So aku pun siap2kan baju baby.siap sidai2 baju baby..rasa semangat sangat. Kalau boleh tahun ni adalah tahun yang terbaik untuk aku and my family.

Dengan semangat baru jugak aku bekerja di EBSB,Dato n Datin datang awal bebenor..nsb aku x lambat sangat. Tapi almost 9am jugakla..Pagi ini dimulakan dengan pembukaan dari Dato and Datin.Mereka mengharapkan semua staf grow dan bagi yang terbaik utk tahun 2014.Insyaallah aku akan bagi yang terbaik utk EBSB.

Dah setel jer master aku,aku akan bagi 100% full attention utk 1GET. 1GET sangat penting utk Dato and Datin dan aku harap aku dapat realisasikan impian mereka. Aku pon memang nak benda ni berjalan dengan jayanya sebab di mana aku bekerja aku nak pastikan aku boleh bg benefit to the company. Aku nak jugak menyumbang something.for the company. Aku xnak pentingkan kerja tp aku nak kerja yang membuat aku penting di mata manusia.

Dahla kot aku membebel,cumanya tahun baru 2014 ni aku harap semuanya adalah yang terbaik. Aku ingin menjadi muslim yang terbaik, seorang isteri yang terbaik,seorang ibu yang terbaik utk rayyan n my future baby, seorang anak yang terbaik dan seorang pekerja yang terbaik dan memberikan benefit utk company.


Isnin, 16 Disember 2013

ILMU UNTUK IBU MENYUSU

Sebagai persediaan untuk kelahiran yang ketiga,aku harap aku dapat mempraktikkan untuk baby aku kali ni. Untuk rayyan sblm ni aku x dpt nak bg susu badan sepenuhnya. Rsa terkilan jugak aku, tp doa aku kali supaya boleh breastfeed anak aku yang ke2 ini dgn jayanya. Berikut aku kongsikan amalan tambahan ketika menyusu.

 So para ibu, jangan lupa untuk pratikkan ilmu yang amat bermanfaat ini. Terima kasih

Khamis, 12 Disember 2013

10 Tips berguna dari Child Psychiatrist (pakar mental kanak-kanak)

Tips yang boleh diamalkan untuk anak2 kita.Aku copy dari sebuah blog http://saatakukaupilih.blogspot.com.au/2013/12/10-tips-berguna-dari-child-psychiatrist.html?m=1. Thanks for sharing.

1. Biasakan dan kerapkan bawak anak main pasir, buih, rumput, dan plastesin. 

Kalau boleh biar dia sentuh guna tangan dan kaki. Biar dia exposed dan touched dengan texture pasir, rumput, buih, etc. Benda-benda tu sangat merangsang motor skills dan sensory skills anak-anak.
Aku nak explain lebih-lebih pon, aku bukan doktor. T_T
So mohon akur je lah dengan fakta yang diberikan ini.

2. Don't expose to too much things in a box. 

"Things in a box" tu macam, tivi, ipad, tablet, phone, games etc. Yang ni paling ngeri.
Aku tengok sendiri dengan mata kepala aku, masa pergi special school Dr Sherine tu, ada sorang budak Australian ni. Umur baru 4 tahun. Jari tangan dia, kaki dia, lutut dia, semacam tak normal. Tak tahu nak describe macam mana.
Tapi korang nak tahu apa sebab dia jadi camtu?
Sebab too much exposed to computer light and touch screen!!
Scary nak mampos hoiii.
Tak sangka sampai boleh jadi gitu kan.
Mak dia exposed budak tu main ipad sejak lahir tau. T_T

Aku borak ngan mak budak tu, sampai nangis-nangis makcik tu cerita kat aku.
Dia cakap saraf-saraf anak dia dah rosak. 
Sebab takde rangsangan dan kurang latihan pergerakan masa kecik. 
Patutnya masa kecik kan, baby aktif gila nak meniarap la, nak merangkak la, nak lompat-lompat la. Kan?
Tapi sebab parents dia terlalu busy, dan diorang takde pembantu rumah, so dia bagi je baby tu leka dengan ipad 24/7! Hamik kau.
Aku dengar pon macam nak baling lesung batu je kat mak dia. ;D

So bila anak dia dah umur 4 tahun ni, baru nak pergi kelas pemulihan.
Belajar lompat, belajar meniarap, belajar merangkak. Kesian kan?

Sampaikan diorang tak bagi keluarkan apa-apa gadget depan budak tu.
Ada sekali tu, phone aku ada SMS masuk, so aku nak keluarkan la dari beg nak check SMS kan. Tetiba Dr. Sherine cakap kuat-kuat,
"No handphone in front of Alex! No handphone in front of Alex please!"

Gitu.
Takut aku. :D

Aku ada mintak komen Dr. Sherine tentang gadget-gadget ni.
Sebab aku pon selalu je tengok Boboiboy dengan Haikal kat ipad. Hehehehe.
So ini jawapan Dr.Sherine,

"Takde masalah kalau nak tengok benda in a box ni (ipad, tivi, phone). But make sure not more than 10 minutes at a time."

"Never leave the child and ipad alone. Watch with him. Tengok Boboiboy sama-sama dengan dia, interact dengan dia. For example, kita cakap, Oh Boboiboy is wearing a red cap. Oh there, Boboiboy plays badminton with his friends! Sentiasa interact dengan dia while watching."

"It's a good sign when he wants to watch ipad, he asks you to join him. But bad sign when he doesn't want anyone to disturb or join him while he's watching. Itu petanda buruk. So always always always be with him and interact with him while watching."

Ini bahasa mudah untuk faham kenapa ipad, tivi, phone, games tak elok untuk perkembangan kanak-kanak, menurut Dr Sherine:

Bila kita tengok ipad, mata kita tertumpu kepada satu level sahaja.
Tiada pergerakan "rolling" oleh mata.
So bila too much ipad, that means no eyes nerves stimulation.
So lama-lama pandangan anak tu tak luas.
So brain dia pon tak boleh fikir dengan luas/kreatif.
So parents digalakkan supaya banyak stimulate mata baby. How?
Bawak keluar rumah. Look around. Atas, tunjuk sky, tunjuk airplanes.
Bawah, tunjuk grass, tunjuk cat, tunjuk flowers.
Kalau tak boleh keluar rumah, still boleh buat dalam rumah.
Contohnya, boleh guna mainan flash cards ABC tu.
Flash huruf A kat atas, supaya anak dongak ke atas.
Pastu flash huruf B kat bawah pulak.
Pastu flash huruf C sebelah kiri, huruf D sebelah kanan.
Dan sebagainya. 
Dengan cara macam tu, automatik ada "rolling" eyes movement.
 So bila ada pergerakan mata atas bawah atas bawah camtu,
saraf mata dirangsang dengan baik. 
So brain development pon berlaku dengan baik.
Gitu.

Aku rasa cukup mudah penjelasan yang Dr. Sherine bagi tu.
Terutama untuk orang vangang macam aku ni nak faham.
Maafkan saya, saya bukan Doktor. Dulu SPM Biologi B3 je. T_T

3) Stimulate their imitation skills.

Imitation skills ni ialah kebolehan mengikut atau meniru apa saje perkara yang dilihat disekeliling. Contoh kalau anak nampak kita clap hands, dia pon ikut clap hands. Camtu.
Dr. Sherine kata, ini masalah terbesar budak-budak sekarang.
Lack of imitation skills.
So vocab kurang, otak lambat pick-up, etc.
Because language and speech is also an imitation skill,
attitude pon imitation skill,
cara berfikir pon imitation skill,
dan semua-semua tu pon related to brain development.

So parents digalakkan buat kaedah-kaedah macam ni:
Say a word, dan suruh anak ulang.
Lukis satu simple drawing, dan suruh anak tiru.
Buat mimik muka macam nangis, senyum, gelak, marah dan suruh anak tiru.
Buat satu kerja mudah macam susun bantal atas katil, susun buku kat rak, dan suruh anak ikut.
 Nyanyi satu lagu, dan suruh anak ikut nyanyi.
Dance mengikut muzik, dan suruh anak tiru step yang kita buat.
Buat satu pergerakan macam merangkak, lompat, mencangkung, bergolek, dan suruh anak buat sama.

Gitu.

Oh lagi satu, Dr. Sherine cakap, pergerakan merangkak ialah sangat-sangat bagus.
Sebab dia melibatkan seluruh anggota badan, dari kepala ke hujung kaki.
Dan menurut kajian, baby yang mengalami fasa merangkak yang lama, dikatakan lebih genius dan berfikiran kreatif berbanding baby yang merangkak sekejap atau tak merangkak langsung (terus boleh berjalan).

Part ni aku terkedu.
Sebab Haikal memang tak merangkak langsung.
Dia tu kan dulu lepas meniarap, terus duduk.
Lepas duduk terus berdiri dan berjalan.
T___T

Tapi takpe. Dr. Sherine kata masih belum terlambat.
So sekarang hari-hari aku suruh Haikal jadi tiger.
Sebab nak suruh dia merangkak. Kahkah.

4) Banyakkan concept toys berbanding mainan superheroes, monsters, etc.

Concept toys tu macam, ABC 123 blocks, Lego, animals (yang realistic dan senang nak recognize), shapes blocks, vehicles, colour blocks, etc.
Sebab benda-benda ni boleh tambahkan vocab anak.
Plus boleh belajar sambil bermain.
Dr. Sherine kata, avoid belikan mainan-mainan yang tak realistik.
Macam barbie doll, superheroes dalam tivi, monsters, etc.
Sebab masa bermain, dia tak boleh kaitkan dengan dunia realiti dia.
Takut dia terlebih taksub dengan dunia yang fantasi tu pulak.
Macam tak elok sangat la kan.

5) Bila nak ajar anak bercakap, ajar word dulu, avoid sentence.

Contoh macam kalau kita pergi zoo, kita nak tunjuk elephant kat anak,
better cakap,
"Elephant!" 
bukan 
"That is elephant!"
atau 
"Wow u see that big elephant?"

Camtu.

Unless kalau anak dah hafal animals tu semua, so boleh ajar sentence dengan adjective pulak.
Contoh,
"Tall giraffe. Big elephant. Beautiful butterfly. Yellow bird."
Avoid guna perkataan "The This That And With etc".
Direct je cakap "Big tiger. Beautiful bird."
Camtu.
Ajar word by word.
Nak ajar budak bercakap kena slowly dan repetitively.

Bila nak bagi arahan pun sama.
Sebut perbuatan itu sahaja. Without a complete sentence.
Contoh,

"Eat." 
bukan
"Come and eat."
atau
"U must eat."

"Sit."
bukan 
"Come and sit beside Mama" 
atau,
"Sit and keep quiet."

Lama-lama budak tu akan cepat recognize, which one is noun, adjective, verb, etc.
Lepas dia dah banyak vocab, baru boleh start ajar buat sentence.

6) Kalau budak takut strangers. Ask them to high-5. Avoid salam, hug or kiss.

Biasanya budak yang takut strangers ni sebab dah banyak kali trauma atau ada bad experience each time jumpa strangers.
Contoh budak yang selalu sakit.
Banyak kali jumpa doctor/nurse yang asyik cucuk atau bagi ubat etc.
So bila jumpa strangers mana-mana pon, dia expect orang tu akan buat pape kat dia.
So macam fobia camtu la kan.

Untuk overcome benda ni, Dr. Sherine tu suggest,
bila jumpa je sesiapa yang anak tu takut,
Suruh orang tu high five dengan anak kita tu.
Biasanya kalau kita jumpa kawan ke saudara mara ke, mesti diorang nak pelok cium salam anak kita kan?
So kalau anak yang jenis takut strangers ni, jangan bagi orang salam pelok terus,
suruh high-5 dulu.
Kalau orang tanya kenapa, jawab ikut style nigga. Yaw yaw yaw. ;D

Menurut Dr. Sherine, high-5 is very powerful.
Dia boleh ubah mentaliti anak within seconds.
Bila kita high-5, akan berlaku sentuhan dalam beberapa saat, 
dan budak tu akan realize yang orang tu tak merbahaya.
So lepas tu, dia akan ok la dengan orang tu.
Gitu.



7) Bila anak buat salah. Explain instead of marah.

Macam kalau anak main marker pen, conteng satu rumah.
Hoih mahu kau tak hangin kan??
So Dr. Sherine tu kata, instead of marah-marah membebel tak tentu pasal,
better explain clearly kat anak tu kenapa benda yang dia buat tu salah.

Ingat, anak tu tengah exploring his world, bukan sesaje nak cari pasal dengan kita.
Lagi satu, setiap kali explain atau bercakap dengan anak, 
make sure mata kita dengan dia satu level.
Melutut depan anak.
Jangan cakap atau marah sambil berdiri,
anak jadi bertambah takut.
Nanti dia tak absorb pon apa yang kita nak sampaikan.

8) Overly-attached to one person is not a good sign.

Contoh macam anak tu rapat dengan mak je, dengan ayah tak berapa rapat.
So itu petanda tak bagus.
Something wrong with his self-esteem.
So kena biasakan dia rapat dengan semua orang.
Especially family members.



9) Bila bermain, follow his interest. 
Kalau anak nak main ball, jangan tetiba korang nak ajak dia main basikal.
Kalau anak nak melukis, jangan korang nak ajak dia main ball.
Gitu.
Ikut kehendak anak pada ketika itu.
Sebab brain development akan berlaku pada tahap maksima bila budak tu betul-betul interested dan happy buat sesuatu perkara.
Lain la kalau anak mintak nak main benda bukan-bukan.
Haruslah dimarahin dong.

10) Bagi pilihan jawapan untuk enhance communication skill anak.

Contoh bila kita bertanya sesuatu kat anak kita,
kalau anak diam je sebab tak tahu nak camane,
jangan biarkan soalan tu tak berjawab.
Kita yang kena bagi pilihan jawapan kepada anak.

Contoh macam kalau kita tanya,
"Kenapa Haikal menangis?"

Tapi Haikal diam je,
mungkin sebab tak tahu nak jawab macam mana.
So kita bagi la beberapa pilihan jawapan, macam
 "Haikal jatuh?"
"Haikal sakit perut?"
"Haikal nak ikut papa pergi kerja?"
"Haikal bosan?"

Itu contoh.
Even if dia respon dengan sekadar angguk je pon dah memadai.
At least soalan dah terjawab. 
Dan lama-lama kang dia tahu la nak jawab macam mana if soalan yang sama diajukan di masa akan datang.


Penghindar Babi Hutan

Produk Menghalau Babi Hutan.

Bagi sesiapa yang mempunyai kebun dan babi hutan selalu mengganggu kebunnya,dapatkan produk ini sekarang.Ianya terbukti berkesan.


 Hubungi saya sekarang untuk mendapatkan produk
Harga Pasaran: RM45
0124461289(call/sms/whatsApp)



Rabu, 11 Disember 2013

OFIS 2013- Empayar Baiduri Sdn Bhd

Hi..dah pukul 5.30ptg.dah mulala aku xde mood nak buat keja.Bosan sangat asyik tgk komputer ja...huhu.

Sepanjang aku berada di EBSB ni,memang semuanya happy. Bos pon ok walaupun agak cerewet. But itu normalla kan. Kalau pergi mana2 company pon sama gak. So keje aku memang belambak2...hari2 aku pon dah bosan mengadap ngan keja. Article utk master aku blom siap lg..huh tension kot. ada lg seminggu jer utk aku selesaikan. Rasa mcm nak amik cuti jer setelkan keje aku dl...tp cane.kalo aku cuti konpomla tolak gaji tp aku dahla perlukan duit. Aku amat berharap Allah bleh tlg aku.

Dengan keadaan aku yang mengandung 7 bulan ni,aku sgt stress. Aku amat berharap masa berlalu dengan sgt perlahan sbb aku x ckp masa. But at the same time aku dah x sabaq nak sambut baby baru and habiskan master aku...Huh saat2 yang sgt kritikal.Moga Allah bantu aku.AMIN







Rabu, 27 November 2013

Amalan dan doa ketika mengandung

Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian. Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.

 1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik
 2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai
 3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh
4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)


5. Surah Al-Fatihah
6. Surah Yaasin
7. Surah Ayatul Kursi
8. Surah Al-Araaf ayat 189


9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik


10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat

11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat

12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT


13. Surah Yassin ayat 22 – 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak

14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik

15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

6 BULAN 1 MINGGU

Perasaan yang sangat excited..aku memang x sabar sangat2 dengan kelahiran ni. sama jugak mcm rayyan and anak ke-2,kasih sayang aku pon sama.Takde beza sikit pon...Cumanya kali ni, sakit yang sangat berbeza..asyik lenguh sana lenguh sini. Aku dahla x amik apa2 supplemen,harapkan ubat doktor je. aku harap gaji aku ni aku kena spend skit utk baby ni. Rasa bersalah plak bila x spend apa2 untuk dia.


Baju pon langsung x beli lagi..kena cari baju abang rayyan dia yang lama...tp aku nak beli gakla baju 2- 3 helai,stroller,tilam baru and towel baru. Just for my new baby. Lagi 3 bulan lagi ni,saat yang mendebarkan. Dahla aku x scan lagi,camnela rupa anak aku ni yer...jantinanya.semua org tanya baby laki ke pompuan..aku pon xde jawapan.Aku ingat nak surprise jer kali ni tp makin lama makin tringin plak nak tahu.Hai rasa x sabar nak g scan...cane ni nak surprise ke x.

Hmmm..apa2 pon aku kena tanya my hubby gak..kalo hubby aku dia ok ja.xde perasaan pon nak tau boy or girl asalkan anak dia selamat. Sblm ni pon aku nak camtu gak tp tiba2 tringin plak nak tahu...haha.The question is bolehkah aku bertahan smpai saat kelahiran???Arghhh susahnya perasaan ingin tahu ni....


Perkembangan Janin Trimester Ketiga

Bulan ke - 7 (Minggu 25 - Minggu 28)

perkembangan janin 7 bulan

Kebanyakan janin 7 bulan berubah posisi kepalanya di bawah sekarangParu-paru terus berkembangBayi yang lahir pada tahap ini (bayi prematur) biasanya bertahan namun memerlukanperawatan intensif.

Skrg mmg aku dpt rasakan baby dh ke bawah..sakit di bwh hanya tuhan yang tahu, ditambah dgn letih keja + jaga rayyan. Rayyan dah semakin buas tp mmg sgt fun.Aku suka main dgn dia,rasa sronok ja..tp bila saat keletihan melanda kesian gak x dpt nak layan dia. Tp aku akan cuba jd ibu yang terbaik!!!

Rabu, 13 November 2013

Mat dah Dapat Kerja

Salam petang...

saja nak update ari ni,betapa happynya aku bila si suami dh dpt keje..cumanya dia konpius nak pilih yang mana 1 jer...apa2 pon aku harap dia buat pilihan yang bijak demi masa depan keluarga hehe...aku sebagai isteri tumpang senang sama. aku x pernah paksa dia kerja apa pon,asalkan dia keja yang halal.

aku memang sentiasa bg moral support kat dia..asalkan dia dpat menjadi suami yang terbaik.


YUHUUUU