Isnin, 13 Januari 2014

Setia Pada Yang Satu


Mesti ramai yang tertanya2..kenapela minah ni dari dl asyik minum kopi ni jer. Mesti dah bosan dengar psl Masad Cafe. Bagi aku x jemu untuk memperkatakan psl produk ni..sbbnya aku dah merasai keberkesanannya sejak tahun 2011 lagi. Bukan aku jer malah ahli keluarga aku and kawan2 yang mana rasa mesti diorang x pernah kecewa. Dengan masad cafe aku bertenaga,dengan masad cafe aku bahagia and dengan masad cafe jugak aku menjadi wanita yang kuat.

Anyway ramai jugak yang tanya aku camner aku kekal cergas dulu kini dan selamanya. Aku memang xde rahsia melainkan aku hanya amik masad cafe setiap pagi.Kadang ada jugakla bila stok dah hbs so aku x minumla..Tp yang pasti bila hidup dikelilingi dengan tanggungjawab dan urusan yang tak pernah habis menjadikan kita memerlukan sesuatu untuk mengekalkan kecergasan. Aku pon ada masa jugak aku jem or hang seketika...tp kena bangkitla dgn azam yang kuat.

Yang aku ingat,rasanya dh lama aku x sakit..bukan aku nak sombong tp itulah kenyataan.Baru2 ni bleh dikatakn satu ofis demam serentak,bila musim ujan ari tu. Alhamdulillah aku terkecuali drpd sebarang penyakit..semuanya berkat aku mengamalkan sunnah rasulullah iaitu minum campuran madu dan habbatus sawda. Sekarang aku dah yakin dan aku sarankan orang ramai meyakini apa yang telah terkandung dalam Al-Quran dan As-Sunnah.

Penat merepek..nak p bancuh masad cafe sat.
Bye

Khamis, 2 Januari 2014

32 Minggu Dah

Eh..sedar x sedar kandungan aku dah masuk 32 minggu..rasa mcm x percaya pon ada. Tapi aku kena hati-hati kali ni sbb aku dah penah kehilangan seorang bayi dan aku nak bayi kali ni sihat sepenuhnya.Mungkin sebelum ni Allah bagi dugaan kepadaku. So aku kena jaga elok2,no more stress and kena sentiasa makan makanan yang sihat. Kalo ada rasa pape terus ke hospital jer..biar org kata mengada asalkan aku x merasa lagi kehilangan.


Berat bayi dalam kandungan anda sekarang lebih kurang 1.7kg dan panjangnya lebih kurang 42sm dari kepala ke jari kaki. Walaupun paru-parunya tidak akan matang sepenuhnya sehinggalah hampir waktu dilahirkan, sikecil anda sudahpun menyedut cecair amnion untuk menguatkan paru-parunya dan berlatih untuk bernafas. 

Bagi sesetengah bayi, rambut sudahpun memenuhi kepala, tetapi ada juga bayi yang hanya mempunyai beberapa gumpal rambut sahaja. Rambut lebat semasa lahir tidak bermakna rambut lebat di kemudian hari, namun begitu, lazimnya kanak-kanak yang mempunyai rambut halus di zaman kanak-kanak akan mempunyai rambut yang jarang semasa dewasa. 

Jika bayi anda lelaki, testikel (buah zakar) sepatutnya turun dari abdomen dan masuk ke dalam skrotum (kantung zakar). Namun kadang-kala, satu testikel atau kedua-duanya tidak akan turun masuk ke tempatnya sehinggalah selepas kelahiran. Bagi dua pertiga bayi lelaki yang mempunyai testikel yang tak turun semasa lahir, keadaan ini akan pulih dengan sendirinya menjelang usianya satu tahun

Anda mungkin menambah berat badan sebanyak 450g setiap minggu, kerana dalam masa tujuh minggu sebelum lahir, bayi anda akan menambah lebih daripada setengah berat lahirnya. Pastikan anda makan secara sihat dalam minggu-minggu terakhir ini. 

http://www.babycenter.com.my/a1044624/perkembangan-fetus---hamil-32-minggu#ixzz2pETvTpe5

Rabu, 1 Januari 2014

Selamat Datang 2014

Hari ni hari pertama bekerja di tahun baru 2014...segala2nya bermula dengan semangat baru. Bangun pagi dah siap2kan rayyan utk pergi nursery.So aku pun siap2kan baju baby.siap sidai2 baju baby..rasa semangat sangat. Kalau boleh tahun ni adalah tahun yang terbaik untuk aku and my family.

Dengan semangat baru jugak aku bekerja di EBSB,Dato n Datin datang awal bebenor..nsb aku x lambat sangat. Tapi almost 9am jugakla..Pagi ini dimulakan dengan pembukaan dari Dato and Datin.Mereka mengharapkan semua staf grow dan bagi yang terbaik utk tahun 2014.Insyaallah aku akan bagi yang terbaik utk EBSB.

Dah setel jer master aku,aku akan bagi 100% full attention utk 1GET. 1GET sangat penting utk Dato and Datin dan aku harap aku dapat realisasikan impian mereka. Aku pon memang nak benda ni berjalan dengan jayanya sebab di mana aku bekerja aku nak pastikan aku boleh bg benefit to the company. Aku nak jugak menyumbang something.for the company. Aku xnak pentingkan kerja tp aku nak kerja yang membuat aku penting di mata manusia.

Dahla kot aku membebel,cumanya tahun baru 2014 ni aku harap semuanya adalah yang terbaik. Aku ingin menjadi muslim yang terbaik, seorang isteri yang terbaik,seorang ibu yang terbaik utk rayyan n my future baby, seorang anak yang terbaik dan seorang pekerja yang terbaik dan memberikan benefit utk company.


Isnin, 16 Disember 2013

ILMU UNTUK IBU MENYUSU

Sebagai persediaan untuk kelahiran yang ketiga,aku harap aku dapat mempraktikkan untuk baby aku kali ni. Untuk rayyan sblm ni aku x dpt nak bg susu badan sepenuhnya. Rsa terkilan jugak aku, tp doa aku kali supaya boleh breastfeed anak aku yang ke2 ini dgn jayanya. Berikut aku kongsikan amalan tambahan ketika menyusu.

 So para ibu, jangan lupa untuk pratikkan ilmu yang amat bermanfaat ini. Terima kasih

Khamis, 12 Disember 2013

10 Tips berguna dari Child Psychiatrist (pakar mental kanak-kanak)

Tips yang boleh diamalkan untuk anak2 kita.Aku copy dari sebuah blog http://saatakukaupilih.blogspot.com.au/2013/12/10-tips-berguna-dari-child-psychiatrist.html?m=1. Thanks for sharing.

1. Biasakan dan kerapkan bawak anak main pasir, buih, rumput, dan plastesin. 

Kalau boleh biar dia sentuh guna tangan dan kaki. Biar dia exposed dan touched dengan texture pasir, rumput, buih, etc. Benda-benda tu sangat merangsang motor skills dan sensory skills anak-anak.
Aku nak explain lebih-lebih pon, aku bukan doktor. T_T
So mohon akur je lah dengan fakta yang diberikan ini.

2. Don't expose to too much things in a box. 

"Things in a box" tu macam, tivi, ipad, tablet, phone, games etc. Yang ni paling ngeri.
Aku tengok sendiri dengan mata kepala aku, masa pergi special school Dr Sherine tu, ada sorang budak Australian ni. Umur baru 4 tahun. Jari tangan dia, kaki dia, lutut dia, semacam tak normal. Tak tahu nak describe macam mana.
Tapi korang nak tahu apa sebab dia jadi camtu?
Sebab too much exposed to computer light and touch screen!!
Scary nak mampos hoiii.
Tak sangka sampai boleh jadi gitu kan.
Mak dia exposed budak tu main ipad sejak lahir tau. T_T

Aku borak ngan mak budak tu, sampai nangis-nangis makcik tu cerita kat aku.
Dia cakap saraf-saraf anak dia dah rosak. 
Sebab takde rangsangan dan kurang latihan pergerakan masa kecik. 
Patutnya masa kecik kan, baby aktif gila nak meniarap la, nak merangkak la, nak lompat-lompat la. Kan?
Tapi sebab parents dia terlalu busy, dan diorang takde pembantu rumah, so dia bagi je baby tu leka dengan ipad 24/7! Hamik kau.
Aku dengar pon macam nak baling lesung batu je kat mak dia. ;D

So bila anak dia dah umur 4 tahun ni, baru nak pergi kelas pemulihan.
Belajar lompat, belajar meniarap, belajar merangkak. Kesian kan?

Sampaikan diorang tak bagi keluarkan apa-apa gadget depan budak tu.
Ada sekali tu, phone aku ada SMS masuk, so aku nak keluarkan la dari beg nak check SMS kan. Tetiba Dr. Sherine cakap kuat-kuat,
"No handphone in front of Alex! No handphone in front of Alex please!"

Gitu.
Takut aku. :D

Aku ada mintak komen Dr. Sherine tentang gadget-gadget ni.
Sebab aku pon selalu je tengok Boboiboy dengan Haikal kat ipad. Hehehehe.
So ini jawapan Dr.Sherine,

"Takde masalah kalau nak tengok benda in a box ni (ipad, tivi, phone). But make sure not more than 10 minutes at a time."

"Never leave the child and ipad alone. Watch with him. Tengok Boboiboy sama-sama dengan dia, interact dengan dia. For example, kita cakap, Oh Boboiboy is wearing a red cap. Oh there, Boboiboy plays badminton with his friends! Sentiasa interact dengan dia while watching."

"It's a good sign when he wants to watch ipad, he asks you to join him. But bad sign when he doesn't want anyone to disturb or join him while he's watching. Itu petanda buruk. So always always always be with him and interact with him while watching."

Ini bahasa mudah untuk faham kenapa ipad, tivi, phone, games tak elok untuk perkembangan kanak-kanak, menurut Dr Sherine:

Bila kita tengok ipad, mata kita tertumpu kepada satu level sahaja.
Tiada pergerakan "rolling" oleh mata.
So bila too much ipad, that means no eyes nerves stimulation.
So lama-lama pandangan anak tu tak luas.
So brain dia pon tak boleh fikir dengan luas/kreatif.
So parents digalakkan supaya banyak stimulate mata baby. How?
Bawak keluar rumah. Look around. Atas, tunjuk sky, tunjuk airplanes.
Bawah, tunjuk grass, tunjuk cat, tunjuk flowers.
Kalau tak boleh keluar rumah, still boleh buat dalam rumah.
Contohnya, boleh guna mainan flash cards ABC tu.
Flash huruf A kat atas, supaya anak dongak ke atas.
Pastu flash huruf B kat bawah pulak.
Pastu flash huruf C sebelah kiri, huruf D sebelah kanan.
Dan sebagainya. 
Dengan cara macam tu, automatik ada "rolling" eyes movement.
 So bila ada pergerakan mata atas bawah atas bawah camtu,
saraf mata dirangsang dengan baik. 
So brain development pon berlaku dengan baik.
Gitu.

Aku rasa cukup mudah penjelasan yang Dr. Sherine bagi tu.
Terutama untuk orang vangang macam aku ni nak faham.
Maafkan saya, saya bukan Doktor. Dulu SPM Biologi B3 je. T_T

3) Stimulate their imitation skills.

Imitation skills ni ialah kebolehan mengikut atau meniru apa saje perkara yang dilihat disekeliling. Contoh kalau anak nampak kita clap hands, dia pon ikut clap hands. Camtu.
Dr. Sherine kata, ini masalah terbesar budak-budak sekarang.
Lack of imitation skills.
So vocab kurang, otak lambat pick-up, etc.
Because language and speech is also an imitation skill,
attitude pon imitation skill,
cara berfikir pon imitation skill,
dan semua-semua tu pon related to brain development.

So parents digalakkan buat kaedah-kaedah macam ni:
Say a word, dan suruh anak ulang.
Lukis satu simple drawing, dan suruh anak tiru.
Buat mimik muka macam nangis, senyum, gelak, marah dan suruh anak tiru.
Buat satu kerja mudah macam susun bantal atas katil, susun buku kat rak, dan suruh anak ikut.
 Nyanyi satu lagu, dan suruh anak ikut nyanyi.
Dance mengikut muzik, dan suruh anak tiru step yang kita buat.
Buat satu pergerakan macam merangkak, lompat, mencangkung, bergolek, dan suruh anak buat sama.

Gitu.

Oh lagi satu, Dr. Sherine cakap, pergerakan merangkak ialah sangat-sangat bagus.
Sebab dia melibatkan seluruh anggota badan, dari kepala ke hujung kaki.
Dan menurut kajian, baby yang mengalami fasa merangkak yang lama, dikatakan lebih genius dan berfikiran kreatif berbanding baby yang merangkak sekejap atau tak merangkak langsung (terus boleh berjalan).

Part ni aku terkedu.
Sebab Haikal memang tak merangkak langsung.
Dia tu kan dulu lepas meniarap, terus duduk.
Lepas duduk terus berdiri dan berjalan.
T___T

Tapi takpe. Dr. Sherine kata masih belum terlambat.
So sekarang hari-hari aku suruh Haikal jadi tiger.
Sebab nak suruh dia merangkak. Kahkah.

4) Banyakkan concept toys berbanding mainan superheroes, monsters, etc.

Concept toys tu macam, ABC 123 blocks, Lego, animals (yang realistic dan senang nak recognize), shapes blocks, vehicles, colour blocks, etc.
Sebab benda-benda ni boleh tambahkan vocab anak.
Plus boleh belajar sambil bermain.
Dr. Sherine kata, avoid belikan mainan-mainan yang tak realistik.
Macam barbie doll, superheroes dalam tivi, monsters, etc.
Sebab masa bermain, dia tak boleh kaitkan dengan dunia realiti dia.
Takut dia terlebih taksub dengan dunia yang fantasi tu pulak.
Macam tak elok sangat la kan.

5) Bila nak ajar anak bercakap, ajar word dulu, avoid sentence.

Contoh macam kalau kita pergi zoo, kita nak tunjuk elephant kat anak,
better cakap,
"Elephant!" 
bukan 
"That is elephant!"
atau 
"Wow u see that big elephant?"

Camtu.

Unless kalau anak dah hafal animals tu semua, so boleh ajar sentence dengan adjective pulak.
Contoh,
"Tall giraffe. Big elephant. Beautiful butterfly. Yellow bird."
Avoid guna perkataan "The This That And With etc".
Direct je cakap "Big tiger. Beautiful bird."
Camtu.
Ajar word by word.
Nak ajar budak bercakap kena slowly dan repetitively.

Bila nak bagi arahan pun sama.
Sebut perbuatan itu sahaja. Without a complete sentence.
Contoh,

"Eat." 
bukan
"Come and eat."
atau
"U must eat."

"Sit."
bukan 
"Come and sit beside Mama" 
atau,
"Sit and keep quiet."

Lama-lama budak tu akan cepat recognize, which one is noun, adjective, verb, etc.
Lepas dia dah banyak vocab, baru boleh start ajar buat sentence.

6) Kalau budak takut strangers. Ask them to high-5. Avoid salam, hug or kiss.

Biasanya budak yang takut strangers ni sebab dah banyak kali trauma atau ada bad experience each time jumpa strangers.
Contoh budak yang selalu sakit.
Banyak kali jumpa doctor/nurse yang asyik cucuk atau bagi ubat etc.
So bila jumpa strangers mana-mana pon, dia expect orang tu akan buat pape kat dia.
So macam fobia camtu la kan.

Untuk overcome benda ni, Dr. Sherine tu suggest,
bila jumpa je sesiapa yang anak tu takut,
Suruh orang tu high five dengan anak kita tu.
Biasanya kalau kita jumpa kawan ke saudara mara ke, mesti diorang nak pelok cium salam anak kita kan?
So kalau anak yang jenis takut strangers ni, jangan bagi orang salam pelok terus,
suruh high-5 dulu.
Kalau orang tanya kenapa, jawab ikut style nigga. Yaw yaw yaw. ;D

Menurut Dr. Sherine, high-5 is very powerful.
Dia boleh ubah mentaliti anak within seconds.
Bila kita high-5, akan berlaku sentuhan dalam beberapa saat, 
dan budak tu akan realize yang orang tu tak merbahaya.
So lepas tu, dia akan ok la dengan orang tu.
Gitu.



7) Bila anak buat salah. Explain instead of marah.

Macam kalau anak main marker pen, conteng satu rumah.
Hoih mahu kau tak hangin kan??
So Dr. Sherine tu kata, instead of marah-marah membebel tak tentu pasal,
better explain clearly kat anak tu kenapa benda yang dia buat tu salah.

Ingat, anak tu tengah exploring his world, bukan sesaje nak cari pasal dengan kita.
Lagi satu, setiap kali explain atau bercakap dengan anak, 
make sure mata kita dengan dia satu level.
Melutut depan anak.
Jangan cakap atau marah sambil berdiri,
anak jadi bertambah takut.
Nanti dia tak absorb pon apa yang kita nak sampaikan.

8) Overly-attached to one person is not a good sign.

Contoh macam anak tu rapat dengan mak je, dengan ayah tak berapa rapat.
So itu petanda tak bagus.
Something wrong with his self-esteem.
So kena biasakan dia rapat dengan semua orang.
Especially family members.



9) Bila bermain, follow his interest. 
Kalau anak nak main ball, jangan tetiba korang nak ajak dia main basikal.
Kalau anak nak melukis, jangan korang nak ajak dia main ball.
Gitu.
Ikut kehendak anak pada ketika itu.
Sebab brain development akan berlaku pada tahap maksima bila budak tu betul-betul interested dan happy buat sesuatu perkara.
Lain la kalau anak mintak nak main benda bukan-bukan.
Haruslah dimarahin dong.

10) Bagi pilihan jawapan untuk enhance communication skill anak.

Contoh bila kita bertanya sesuatu kat anak kita,
kalau anak diam je sebab tak tahu nak camane,
jangan biarkan soalan tu tak berjawab.
Kita yang kena bagi pilihan jawapan kepada anak.

Contoh macam kalau kita tanya,
"Kenapa Haikal menangis?"

Tapi Haikal diam je,
mungkin sebab tak tahu nak jawab macam mana.
So kita bagi la beberapa pilihan jawapan, macam
 "Haikal jatuh?"
"Haikal sakit perut?"
"Haikal nak ikut papa pergi kerja?"
"Haikal bosan?"

Itu contoh.
Even if dia respon dengan sekadar angguk je pon dah memadai.
At least soalan dah terjawab. 
Dan lama-lama kang dia tahu la nak jawab macam mana if soalan yang sama diajukan di masa akan datang.


Penghindar Babi Hutan

Produk Menghalau Babi Hutan.

Bagi sesiapa yang mempunyai kebun dan babi hutan selalu mengganggu kebunnya,dapatkan produk ini sekarang.Ianya terbukti berkesan.


 Hubungi saya sekarang untuk mendapatkan produk
Harga Pasaran: RM45
0124461289(call/sms/whatsApp)



Rabu, 11 Disember 2013

OFIS 2013- Empayar Baiduri Sdn Bhd

Hi..dah pukul 5.30ptg.dah mulala aku xde mood nak buat keja.Bosan sangat asyik tgk komputer ja...huhu.

Sepanjang aku berada di EBSB ni,memang semuanya happy. Bos pon ok walaupun agak cerewet. But itu normalla kan. Kalau pergi mana2 company pon sama gak. So keje aku memang belambak2...hari2 aku pon dah bosan mengadap ngan keja. Article utk master aku blom siap lg..huh tension kot. ada lg seminggu jer utk aku selesaikan. Rasa mcm nak amik cuti jer setelkan keje aku dl...tp cane.kalo aku cuti konpomla tolak gaji tp aku dahla perlukan duit. Aku amat berharap Allah bleh tlg aku.

Dengan keadaan aku yang mengandung 7 bulan ni,aku sgt stress. Aku amat berharap masa berlalu dengan sgt perlahan sbb aku x ckp masa. But at the same time aku dah x sabaq nak sambut baby baru and habiskan master aku...Huh saat2 yang sgt kritikal.Moga Allah bantu aku.AMIN