Memaparkan catatan dengan label Pasal Kahwin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pasal Kahwin. Papar semua catatan

Rabu, 20 April 2011

Soal Jawab Agama...Pinjam Bank Untuk Kawin

Bersama Ustaz Salam

SOALAN

Saya bakal melangsungkan perkahwinan pada awal tahun depan. Untuk mengelakkan terjebak dengan maksiat, saya membuat pinjaman bank untuk berkahwin kerana berpendapatan sederhana.

Adakah benar kawan saya mengatakan membuat pinjaman berkenaan satu kesalahan kerana membabitkan riba sehingga menjadikan perkahwinan tidak berkat.

Apakah hukum meletakkan wang hantaran tinggi kepada seorang wanita berdasarkan kepada tahap pendidikannya?

JAWAPAN

PERKAHWINAN sememangnya dianjurkan Islam. Saudara sebenarnya memilih jalan yang tepat untuk berkahwin. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan kahwinkanlah orang bujang dari kalangan kamu dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, kerana Allah Maha Luas rahmat-Nya, lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Nur ayat 32)


Bagaimanapun, perkahwinan memerlukan perbelanjaan tertentu sama ada sebelum perkahwinan atau selepasnya. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Wahai pemuda-pemuda, sesiapa yang mampu di antara kamu (mempunyai belanja serta keinginan) hendak berkahwin, hendaklah ia kahwin, kerana sesungguhnya perkahwinan itu akan memejamkan matanya (terhadap orang yang tidak halal dilihatnya) dan terkawal kehormatannya dan sesiapa yang tidak mampu berkahwin hendaklah ia berpuasa, bahawa puasa itu menjadi benteng.” (Riwayat Muslim)

Kerana itu, itu meminjam dan meletakkan wang hantaran yang tinggi tidak digalakkan dalam Islam. Sekiranya terpaksa membuat pinjaman, ia hendaklah berpada dan tidak menyusahkan kehidupan anda berdua nanti.

Selain itu anda dicadangkan mengambil pembiayaan peribadi secara Islam. Ia membabitkan akad jual beli atau sewa berbanding dengan membuat pinjaman biasa melalui bank yang membabitkan riba.

Sabtu, 24 April 2010

Gelihati...kahkah (Senario Perkahwinan)

Cerita ni aku copy dr website ape ntah...tp best gakla.untuk dikongsi bersama...Sape-sape yang dah berkahwin mst rasa mmg btolla smua ni...

Awal Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Jom..dari duduk rumah, bosan plak.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang ada hal lain kali yek.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri laaa.."


Awal Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Awak tak boleh masak ke ?"

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Lebih baik kawin lain yang boleh masak untuk abang"


Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang mengandung.."
Suami : "Abang tak sabar nak lihat anak kita.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Abang tolong buat susu anak.."
Suami : "Abang mengantuk laa..ayang buat laaa.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Cuba awak tegur anak tu sikit.."
Suami : "Haiii..anak awak..awak ajelah yang tegur..."


Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Saya penat, awak ajelahh yang buat.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Awak tak boleh buat keee.."


Awal Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Apa yang ayang inginkan.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Setiap tahun saya berikan...tak cukup lagi ke ?"

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Tak payah le hadiah-hadiahhhhh..."


Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai buat rendang"
Suami : "Awak ni pemalas laaa.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai buat kek.."
Suami : "mak ko tu..dari dulu tak pandai masakkk.."