Rabu, 3 Julai 2013

Hepi Birthday To Me!!!

Hepi Birthday to me... aku wish utk diri sendiri..ye lah sape lagi nak appreciate utk kita melainkan diri kita sendiri. Alhamdulillah aku masih lagi bernyawa di usia aku yg ke 29 tahun ni. amal ibadat belum cukup lagi. dalam usia aku yg lanjut ni, banyak lagi yang belum aku capai dalam hidup aku. Aku masih lagi terumbang ambing tanpa kerjaya yang mantap, amal ibadat yang compang camping, ilmu rumahtangga dan keibuan kurang dan macam2 lagi. Hdp aku sgt risau skrg hmmm...sakit jiwa jgk kalo pikir. Tahun 2013 ni aku amat berharap sesuatu yang ajaib berlaku dekat aku.stiap tahun aku berdoa tp mungkin nsb belum menyebelahi aku. kadang2 aku pikir Allah x adil dengan aku. slalu sgt duga aku dengan macam2 dugaan. Tp sebenarnya aku yang silap. mungkin ada sebab allah bagi dugaan macam tu, mugkin nak tebus dosa aku yang bertimbun2.yg tu aku kena kaji balik.mungkin slama ni aku dah terpesong jauh dari allah, aku jarang bersyukur dan sentiasa ingat keduniaan ja. aku harap usia aku 29 ni aku dpt memantapkan amal ibadat aku,itu janji aku...insyaallah aku akan usahakan. Tahun ni aku dah malas nak berangan apa2 lagi sbb aku tau aku xkan dapat apa yang aku nak slama ni. kalo sebelum ni, aku mst berangan nak itu ini di hari lahir aku,dan bila aku x dapat mcm biasa aku akan kecewa sorg2. Bukan sekali tp dah banyak kali. Birthday, anniversary ataupun hari bersejarah lain x pernah aku dikejutkan dengan apa yang aku bayangkan. Macam2 aku berangan, nak adiahla, nak kek, nak bunga n mcm2 lg. tp as usual aku akan kecewa sendiri. Jeles jugak aku bila aku tgk kawan2 aku yg lain. Depa mesti dapat surprise bila tiba hari bahagia depa.betapa beruntungnya depa bila dihadiahkan oleh orang tersayang.Tapi aku.....hmmmm. aku bukan nak benda yang mahal2 pon asalkan ada sesuatu utk aku kenang sampai bila2 walaupun sekeping kad. dan skali lagi kalu aku coretkan kat sini,part ni mmg akan buat aku menangis. sbb aku x pernah dapat apa yang aku idamkan. So tahun ni, no more dreaming which is always never true for me. Mungkin aku x layak so aku dah sedar diri.kadang2 aku suka hidup di alam fantasi, berangan itu ini untuk buatkan aku bahagia.itu jer yang mampu aku dapat hehe...tp yang best tahun ni aku akan appreciate diri sendiri. sape lagi nak appreciate aku kan kalo bukan aku ni...alhamdulillah aku dapat adiah yang paling istimewa iaitu pulut kuning. adiah ni daripada Allah dengan bagi rezeki dekat aku. Sebelum ni hari2 aku g cari dekat kedai m.cik tu. tp asik habis ja. Rupa2nya allah nak bg aku makan di hari kelahiran aku. dan aku merasakan ini adalah adiah yang paling bermakna buatku.Tq ALLAH.
Tiada lain yang aku mintak untuk tahun ni melainkan allah panjangkan umurku utkku dapat menjaga anakku, murahkan rezekiku agarku dapat membantu suamiku and ibu dan ayahku serta ahli keluargaku dan sesiapa yang memerlukan pertolonganku. aku dah x mahu pape lagi. dan yang terakhir agar aku xnak berangan lagi yang akhirnya boleh membuatkan aku kecewa. aku dah x mahu adiah yang hebat2 sempena ari bahagia aku sbb aku tau aku xkan dapat. cukuplah sekadar pulut kuning ni. tq again Allah... Hepi Birthday To You Shakiroh Binti Khamis, semoga hidup aku akan bahagia lepas ni. AMMMMMINNN.

0 ulasan:

Catat Ulasan