Khamis, 25 Julai 2013

Nak citer yg best-best ja

Alhamdulillah Allah dah berikan aku rezeki semula,sebelum ni aku diuji tapi kini Allah dah berikan yang terbaik untuk aku. Aku dh dpt keje selepas 3 bulan menganggur..lepas final bulan 6 aku dah sibuk cr keje..semak jugakla kepala bila xde keje.kesian kat si suami nak sara hidup aku.walaopun aku tahu dah mmg lumrah suami kena cari nafkah untuk isteri namun kita janganlah mengharapkan 100% daripada dia jer.kita kenala ringankan beban yang ditanggung suami agar hidup suami isteri bahagia kerana ada sikap tolong menolong. Alhamdulillah walupun suamiku kekurangan duit ringgit,namun dia kaya dengan kasih sayang. Itulah kata2 yang aku selalu bagitahu sesiapa sahaja mengenai suamiku. Sikapnya yang prihatin,suka menolong isteri dan rendah diri membuatkan aku bahagia dengan dia walaupun kami bukan hidup dlm senang lenang. Tapi kdg2 bergaduh gakla bila duit xdak kan.tp itu semua normal. aku tahu aku akan dpt kerja cuma lambat dan cepat sahaja.

Pada 17 Julai 2013 aku diterima bekerja di Empayar Baiduri Sdn Bhd sbg Software Engineer. Alhamdulillah perlahan2 hidupku akan berubah.Ini adalah berkat doa aku setiap hari yg x pernah putus2.aku berdoa nak kerja utk support keluarga,tlg suami,tlg ibu ayah and family serta sesiapa shj yg memerlukan pertolonganku. Aku tanya Allah..salahkah niat aku nak tlg org???hari2 aku menangis...tp skrg aku hanya perlu fokuskan kepada kerja aku.

Paling menggembirakan bila aku disahkan hamil 7 minggu...aku bersyukur sgt2 sbb mmg aku dan suami ada plan utk dpt anak lg.aku plan tahun depan bln2 aku nak branak.Alhamdulillah segala perancangan berjalan dengan lancar. So lps ni Rayyan akan dapat adik,so blehla dia main2 ngan adik dia dan meriahla suasana keluarga kami.

Mulai skrg aku akan update cerita2 menarik sepanjang kehidupan aku...aku harap kebahagian aku akan berkekalan smpai bila2 AMIN.
# gambar Rayyan umur 2thn 4 bulan.My beloved son, i love him so much.

Rabu, 17 Julai 2013

hari 1st

Hari ni merupakan hari pertamaku di Empayar Baiduri Sdn Bhd sebagai software engineer. Awal2 lagi aku dah kluar dr umah,lepas antaq rayyan p neseri terus aku ke tempat keje.alhamdulillah aku x mengalami jem yg teruk. tp esok rasanya kena naik lrt kot,jimat skit. kalo naik kete huh mampusla aku dgn tol lg, paking kete lg and minyak kete...so aku mmg sgt2 x mampu skrg ni. kena tggu gaji bulan depan masuk baru aku boleh bernafas. 

Skrg smua kena jimat2,dahla bulan posa ni smua makanan tgk tringin. tp aku kena kawal nafsu. pasal keje aku kat sini,alhamdulillah rakan2 sekerja semuanya ok...dan harapnya aku dapat bekerja dalam suasana yang ceria. alhamdulillah semua doa aku dah termakbul untuk mendapat keje yg ofis hour dan aku bolehla cuti 2 hari. cumanya aku kena keja bersungguh sungguh supaya aku x stress lagi. Caiyok kioh utk anakku, suamiku,ibu ayahku and familyku...bila aku masuk keja ni dah dapat projek baru. Huh 1GET,mcm tension jer nak buat, Tp insyaallah aku akan usahakan dengan sedaya upayaku. Moga2 Allah bantu segala urusanku. 

 AMIN


Rabu, 3 Julai 2013

Hepi Birthday To Me!!!

Hepi Birthday to me... aku wish utk diri sendiri..ye lah sape lagi nak appreciate utk kita melainkan diri kita sendiri. Alhamdulillah aku masih lagi bernyawa di usia aku yg ke 29 tahun ni. amal ibadat belum cukup lagi. dalam usia aku yg lanjut ni, banyak lagi yang belum aku capai dalam hidup aku. Aku masih lagi terumbang ambing tanpa kerjaya yang mantap, amal ibadat yang compang camping, ilmu rumahtangga dan keibuan kurang dan macam2 lagi. Hdp aku sgt risau skrg hmmm...sakit jiwa jgk kalo pikir. Tahun 2013 ni aku amat berharap sesuatu yang ajaib berlaku dekat aku.stiap tahun aku berdoa tp mungkin nsb belum menyebelahi aku. kadang2 aku pikir Allah x adil dengan aku. slalu sgt duga aku dengan macam2 dugaan. Tp sebenarnya aku yang silap. mungkin ada sebab allah bagi dugaan macam tu, mugkin nak tebus dosa aku yang bertimbun2.yg tu aku kena kaji balik.mungkin slama ni aku dah terpesong jauh dari allah, aku jarang bersyukur dan sentiasa ingat keduniaan ja. aku harap usia aku 29 ni aku dpt memantapkan amal ibadat aku,itu janji aku...insyaallah aku akan usahakan. Tahun ni aku dah malas nak berangan apa2 lagi sbb aku tau aku xkan dapat apa yang aku nak slama ni. kalo sebelum ni, aku mst berangan nak itu ini di hari lahir aku,dan bila aku x dapat mcm biasa aku akan kecewa sorg2. Bukan sekali tp dah banyak kali. Birthday, anniversary ataupun hari bersejarah lain x pernah aku dikejutkan dengan apa yang aku bayangkan. Macam2 aku berangan, nak adiahla, nak kek, nak bunga n mcm2 lg. tp as usual aku akan kecewa sendiri. Jeles jugak aku bila aku tgk kawan2 aku yg lain. Depa mesti dapat surprise bila tiba hari bahagia depa.betapa beruntungnya depa bila dihadiahkan oleh orang tersayang.Tapi aku.....hmmmm. aku bukan nak benda yang mahal2 pon asalkan ada sesuatu utk aku kenang sampai bila2 walaupun sekeping kad. dan skali lagi kalu aku coretkan kat sini,part ni mmg akan buat aku menangis. sbb aku x pernah dapat apa yang aku idamkan. So tahun ni, no more dreaming which is always never true for me. Mungkin aku x layak so aku dah sedar diri.kadang2 aku suka hidup di alam fantasi, berangan itu ini untuk buatkan aku bahagia.itu jer yang mampu aku dapat hehe...tp yang best tahun ni aku akan appreciate diri sendiri. sape lagi nak appreciate aku kan kalo bukan aku ni...alhamdulillah aku dapat adiah yang paling istimewa iaitu pulut kuning. adiah ni daripada Allah dengan bagi rezeki dekat aku. Sebelum ni hari2 aku g cari dekat kedai m.cik tu. tp asik habis ja. Rupa2nya allah nak bg aku makan di hari kelahiran aku. dan aku merasakan ini adalah adiah yang paling bermakna buatku.Tq ALLAH.
Tiada lain yang aku mintak untuk tahun ni melainkan allah panjangkan umurku utkku dapat menjaga anakku, murahkan rezekiku agarku dapat membantu suamiku and ibu dan ayahku serta ahli keluargaku dan sesiapa yang memerlukan pertolonganku. aku dah x mahu pape lagi. dan yang terakhir agar aku xnak berangan lagi yang akhirnya boleh membuatkan aku kecewa. aku dah x mahu adiah yang hebat2 sempena ari bahagia aku sbb aku tau aku xkan dapat. cukuplah sekadar pulut kuning ni. tq again Allah... Hepi Birthday To You Shakiroh Binti Khamis, semoga hidup aku akan bahagia lepas ni. AMMMMMINNN.

Selasa, 1 Januari 2013

Tahun Baru 2013

Tahun ni iaitu tahun 2013 aku mcm biasa x penah sambut,cuma yg bezanya tahun ni aku x ditinggalkan seorang diri...aku ingat nak ajak encik suami p celebrate dekat ICt shah alam ke,ataupun plg dekat dataran merdeka..at least adala jugak kenangan utk dibawa ke tahun 2013. Tapi encik suami mcm biasa bila dah blk keja x larat plak,sakit kakila,penatla smua ada dekat dia.last2 kami duduk jer kat umah smbl tgk tv...jam 10mlm dah bosan xde citer best,last2 decide utk tidor.so kitorg pon tidorla tanpa mempedulikan ari yang bersejarah buat smua org.bg aku dan suamiku semuanya x bermakna. tepat jam 12mlm,berdentum2 bunyi kat luar....tp aku terus sambung tido.kadang rasa sayang jugak sbb bukan slalu nak celebrate.tp nak buat mcmmana aku dah kenal sgt suamiku itu...kalo nak celebrate dgn aku mmg tak la.cuba kalo dgn family dia sanggup jer dia buat apa pon. so aku dah sedar siapa aku di mata dia... tiba2 tringat aku mcmmana sambutan tahun baru aku tahun lepas sangat menyedihkan.aku ditinggalkan seorang diri dkt rumah,lgsg x bgtau aku dia p mana.bila aku tanya mcm biasa dok kat umah.rupa2nya dia p celebrate dekat perak...siap p cameron highlands lg. smua family dia p except "me". sungguh tidak adil bukan bila dilayan mcm ni.padahal siapala aku,bukan aku ni isteri dia ker.patutnya dia xleh p mana2 tanpa aku. Bila aku tringat kisah aku ditinggalkan tanpa pemberitahuan,rasa mcm bengang semacam jer.tp sbb tahun baru punya pasal so aku lupakan ajer,start a new life with my husband and my beloved son rayyan(qye)...hehe.ape2 pun aku tetap sayangkan suamiku sbb diala pelengkap hidupku,dan dengan kehadiran anakku rayyan merupakan penyeri kehidupan kami. tahun 2012 adalah tahun yang paling menyedihkan sbb aku kehilangan anak kedua aku yg aku ingatkan akan menjadi penambah penyeri slps kehadiran rayyan,tp allah lebih sayangkan anak lelakiku yang aku namakan "Mohammad" dgn mengambilnya terlebih dahulu.apa2 pun aku x pernah lupakan anak kedua aku tu. dah lama aku x jenguk kubur arwah,aku rasa balik ni aku kena melawat kuburnya.rindu sgt pada anakku yg aku kandungkan selama 8bln 1/2...alhamdulillah aku msh ada rayyan. aku berharap sgt tahun baru 2013 akan memberikan sejuta kegembiraan buatku dan keluargaku.plg penting aku akan buat yg terbaik utk anak kesayanganku. aku berazam utk menjadi isteri yang baik, ibu yang baik utk rayyan,mendidik rayyan menjadi anak yang soleh,cerdik,berjaya dlam smua bidang. Paling penting aku nak jadi umat yang tebaik,solehah aminnnn.......... aku kena mantapkan kerjayaku jugak,asyik malas jer keje..hehe.smoga berjaya shakiroh welcome 2013!!!

Ahad, 11 Mac 2012

Hepi Birthday Rayyan!!!



Tahun ni tahun pertama rayyan sambut birthday dia...mcm aku plak semangat terlebih,sebulan sebelum birthday dia aku dah plan mcm2...nak buat itu ini,nak beli mcm2...but semuanya x berjalan seperti yang aku rancangkan. aku ingatkan aku kerja gaji bulan 1 bolehla aku celebrate b'day dia...but unfortunately(mcm biasa nsb aku x berapa baik2 mcm yg sblm2 ni) aku x dpt gaji so aku terpaksala melupakan hasrat aku...sedih bukan kepalang. Birthday party yang aku rancang for my 1st baby punah mcm tu jer....dalam hati aku nangis x sudah.aku tanya my hubby ada bajet x utk b'day rayyan, dia pon jawab xde...aku tau dia pon kalo boleh nak buat yang terbaik utk anak kami tp apakan daya semuanya takdir Tuhan,redho ajela.

Namun aku pon spendla skit duit,just beli kek utk dia...nak buat kenduri rayyan x ckp bajet.hanyalah kek yang aku idam2kan for my baby


Inilah kek rayyan yang aku tempah utk dihantar ke nursery... pastu aku pon g la beli brg2 nak buat makanan sampingan utk dihantar ke nursery. Yang tak bestnya dahla laki aku x blk...so aku jer ngan rayyan sibuk g shoping. Nak dijadikan cerita, rayyan xnak duduk plak dlm troli, siap menjerit hbs 1 yawata dengaq...aku mana ngan sarat perot, nak dukung dia lg n nak tolak troli lagi...huh sgt mencabar. last2 aku letak blk smua brg tu 1 apa pon x beli...hmmm punah harapan aku.

aku order apam polkadot jer utk my baby...nothing special.aku harap aku dapat lakukan yang terbaik pasni.bukan apa ini utk kenangan seumur hidup. aku sayang sangat dekat rayyan dan aku kalo boleh nak bg dia hepi.tp apakan daya aku bukan kaya mcm org lain. sbb tu aku berazam utk mengkayakan diriku utk anak tersayang.

anyway hepi birthday to my baby...i love rayyan


Ahad, 19 Februari 2012

Tips: Panduan menghadapi ujian hidup

Kawan-kawan…

Bumi yang mana tidak ditimpa hujan, lautan yang mana tidak dilanda taufan. Setiap insan pasti diuji dengan pelbagai ujian.

Waktu diuji kita selalunya bersedih,kadangkala menangis sendirian kerana begitu beratnya ujian. Dunia terasa sempit menghimpit perasaan,kita mula hilang pertimbangan. Tidak semena-mena menunding jari kepada insan di sekeliling kita dengan pelbagai tuduhan.

Ketahuilah permata yang terbenam dalam lumpur takkan terhasil tanpa haba dan tekanan yang tinggi.Ia juga takkan bersinar bergemerlapan jika tidak dicanai,diasah dan digilap. Apakah kita ingin menjadi permata yang teguh bergemerlapan atau rela menjadi pasir yang hancur kerana tidak mampu bertahan?

Setiap ujian akan memantapkan keimanan bagi orang-orang yang tabah dan sabar, sebaliknya membawa kehancuran jika membiarkan diri hanyut tanpa pedoman. Berapa ramai orang yang tersungkur, terjerumus dalam keseronokan duniawi berlebih-lebihan dengan alasan cuba melupakan kepedihan?

Malah ada yang sanggup bertindak melampau dengan merentap jiwa mereka sendiri kerana ceteknya pertimbangan. Ingatlah pada Allah SWT, setiap jiwa itu amat berharga,tidak untuk dimusnahkan begitu sahaja.

Ingatlah kawan….

Allah SWT Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,Allah SWT tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Allah SWT yang mencipta kita, pastilah Allah SWT jua amat memahami kemampuan diri kita.Oleh itu, janganlah putus asa.




Sabtu, 11 Februari 2012