Isnin, 9 Mei 2011

Aku sendiri jadi testimoni...hehe

Selaku staff di Prm Global Vision, aku pon x melepaskan peluang ni utk berbisnes..hehe.maklumla 9/10 dari sumber rezeki adalah drpd perniagaan.so aku sahutla cabaran ni...nak tgk aku ni pandai berniaga ke x.lagipun produk ni bagus...rugila kalo aku x meniaga.sebagai seorang staf prm yang hari2 berdepan dengan customer...aku slalu gak dok tanya camner depa rasa lepas guna produk ni.rata-rata dok crita, mmg sgt mujarab.sblm ni aku pon malaih nak try produk company aku sndr,tp bila ramai dok crita aku pon cubala....teruja gakla dengaq crita depa.pandai depa mempengaruhi aku hehe...gud gud thumbs up for those yang berjaya meyakinkan aku.

sebelum aku guna, aku buat research dl...ingat sng nak bg makanan msk perot sblm aku tau apa kandungannya.lepas aku baca, barula aku tau...smua produk ni ada madu lebah and habbatus sawda'...ada gak produk yang campur ngan za'faran n 7 herba terpilih...madu plak yang diimport dari tanah arab.bukan calang2 tau...smua datangnya dari tanah suci yang mana kandungannya sendiri telah disebut di dalam Al-Quran dan Al-Hadis. Rugilah kalo aku x amalkan produk ni.

Produk pertama yang aku guna...adalah Masad Cafe.aku ambik yang ringan2 jer dl.kalo aku crita mst semua org x percaya...tp percayalah,aku sendiri yang rasa keberkesanannya. Time tu aku ngandung 6 bulan.aku slalu sakit2 badan...lenguh sana lenguh tang sini. Lepas aku minum sachet pertama...aku cergas tahap cipan.sakit badan ilang woo...pi mana pon aku xtau haha.aku bleh p keja mcm biasa...slalu blk jer keja ajak suami aku kluaq shoping kihkih.Dia tanya x penat ker...heran tgk aku jalan merata.kuat plak tu.aku pon heran ngan diri aku. sblm ni kalo bgn tido aku slalu skt kpala,tp lepas aku minum masad cafe hari2, aku dah bleh bgn sng hati...ringan kpala.sebabnya masad cafe nama jer kopi...tp bukan ada kafein pon.so sape2 yg x minum kopi lehla cuba.mana nak tau kotla ada org amik ubat homeopati(btol ke x aku eja) yg xleh minum kopi...bleh amik ni.ramai pelanggan yg dtg sini mengaku depa amalkan ubat homeopati tp pada masa yang sama minum Masad Cafe.

Produk ke-2 aku guna adalah minyak habbah...aku slalu sapu kalo aku lenguh tangan sbb angkat benda berat.kadang2 aku pon dah lupa yang aku lenguh2 tangan,mana tak nyer...lepas aku sapu terus bleh buat keja.aku slalu bwk blk minyak ni bg kat makayah aku,kalo depa lenguh ja depa sapu..amat mujarab skali.satu lagi aku tanya bos aku, bleh ke minyak ni buat minyak selusuh...so dah bos aku jawab bleh.aku pon apa lg...minumla secamca waktu pagi.aku rasa berkat aku usaha minum minyak selusuh ni...alhamdulillah Allah memudahkan aku bersalin.sebelum ni aku punyala takut nak branak...tp xtau mcmmana ari tu aku relax ja, segalanya berjalan dgn lancar. sampaikan aku tringin nak branak lg skrg...anak br 2 bln stgh...dah rasa nak branak lg...hehe

Ni plak testimoni suami tercinta...hehe.suami aku ni ada mslh asthma...bukan bleh buat keja berat skit,pastu mulala dia sesak nafas.oleh kerana aku x sanggup nak tgk suami aku dok bergantung dengan pam tu jer...aku pon bgla dia try MASAD GOLD...stiap pagi mst aku paksa dia minum(maklumla dia dgn ubat puas kena paksa)...alhamdulillah lepas cuba Masad Gold ni x smpai berapa hari...lega.Penyakit batuk teruk yang dia alami dah berapa tahun hilang macam tu ja...

Btoila apa org kata...kalo kita berpegang pd Al-Quran dan Al-Hadis insyaallah selamat. Keistimewaan madu lebah telah diabdikan oleh Allah SWT di dalam AlQuran yang bermaksud:
"Dari perut lebah itu keluarlah minuman madu yang bermacam-macam warnanya sebagai penawar(ubat) bagi manusia." (Surah An-Nahl:ayat 69)

Macam aku plak...sehingga kini aku amalkan minum MASAD CAFE setiap pagi...x sah kalo x kena masad cafe...bukan apa dalam masad cafe ni ada habbatus sawda'..aku adala terbaca dalam satu blog khasiat Habbatus sawda ' boleh memperbanyakkan susu ibu.sbb tu aku minum...nak bg susu kat rayyan hehe...yang bestnya anak aku rayyan mmg kuat antibodi.jarang sakit,demam or selesema...sbbnya khasiat habbatus sawda' boleh menguatkan antibodi.so para ibu baca ni :


that's all from me...nak dapatkan produk ni just bgtau aku k.

Khamis, 28 April 2011

Aku kembali ramping...



Salam...

Dah lama aku x tulis pape lam ni...bukan x dak citer tp rasa mls plak nak nulis.keja aku dok explore brg2 baby ...konon2 nak beli dekat rayyan(my little boy)..syok sgt kalo bleh brg utk dia. Tp ikut bajetla..kalo duit xdak stakat tgk sajala.alhamdulillah berkat bisnes kecil-kecilan yang aku buat, dapatla aku beli brg2 utk anak aku hehe...

Baru2 ni lepas jer aku hbs pantang, so kembalilah aku ke umah sewa kat taman melor jitra kedah. aku pon apa lagi...jalan2 ler keliling taman sambil dok tegur sapa.rindu kat jiranla katakan.soalan pertama yang depa tanya aku adalah " camner kiroh leh slim ni...makan jamu apa?"...aku pon katala x makan apa pown.depa tanya lagi...(xpuas hati kot,nak srh aku kongsi cerita) depa nak try gak jamu apa aku makan.kali ni tanya "masa pantang makan produk apa?"..so aku pon jawabla."mana ada makan apa,nak makan jamu panas sebab anak nyusu bdn so kesian baby". ada sorang lg plak tanya, "makan vitamin ka"...aku pon gelakla...vitamin lgla aku x makan,ntah tang mana aku buang pon aku x tau...so pakat heranla jiran2 aku nih. kesian aku dok tgk depa dok tertanya2 sangat, last2 aku habaqla rahsia kesliman aku...wakaka.

aku ni bukan makan jamu...vitamin lagila x penah sentuh...tp rahsia aku, aku pakai slimming cream keluaran FIRST GRADE. ni k.ina aku la punya kerja,dia kata aku gemokla pas branak..so dia srh aku pakai bengkong...lgla aku xmo.pakai bengkong seksa siut...lenguh2 bdn smentara nak tggu pagi(sbb aku pakai malam).dengan nak bg anak susu lagi...eee rimasla aku.last2 k.ina aku srh beli slimming cream kat dia.aku dengan xdak duit aku utang sat kat dia.lagipon aku bukan percaya sangat produk2 ni...tp aku pakaila xmo bg kecik hati.xdan brape hari perotku kembali langsing seperti anak dara...kebaya pon dah bleh pakai.yang bestnya kesan rekahan dengan paha aku hilang dengan 3 ari sapuan. Tp produk ni panas skitla...maklumla nak bakaq lemak.panas2 pon dia rasa sejuk mcm pakai minyak cap kapak kat kpala...syok sgt.bau dia mmg wangiiiiii..........aku suka sgt.aku pakai jenama Romance...mmg best.Laki aku apa lagi...puji sakanla,"comey bini saya ni hehe...mcm ni la, saya cukup x suka bini gemuk2",kembang kempis hidung aku dengan suami puji...hehe.maklumla laki aku ni ckp lokek nak puji..asik aku ja puji dia,skali skala nak jgk dengaq dia puji haha.

so aku dah kongsikan dengan hangpa semua...sape2 yang tertanya2 camner aku langsing...inilah jawapannya.Chow!!!

p/s : sape2 nak produk ni,leh bgtau aku..kot2la xtau nak cari tang mana...just inform me.I'll letu know.

Rabu, 20 April 2011

Soal Jawab Agama...Pinjam Bank Untuk Kawin

Bersama Ustaz Salam

SOALAN

Saya bakal melangsungkan perkahwinan pada awal tahun depan. Untuk mengelakkan terjebak dengan maksiat, saya membuat pinjaman bank untuk berkahwin kerana berpendapatan sederhana.

Adakah benar kawan saya mengatakan membuat pinjaman berkenaan satu kesalahan kerana membabitkan riba sehingga menjadikan perkahwinan tidak berkat.

Apakah hukum meletakkan wang hantaran tinggi kepada seorang wanita berdasarkan kepada tahap pendidikannya?

JAWAPAN

PERKAHWINAN sememangnya dianjurkan Islam. Saudara sebenarnya memilih jalan yang tepat untuk berkahwin. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan kahwinkanlah orang bujang dari kalangan kamu dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, kerana Allah Maha Luas rahmat-Nya, lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Nur ayat 32)


Bagaimanapun, perkahwinan memerlukan perbelanjaan tertentu sama ada sebelum perkahwinan atau selepasnya. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Wahai pemuda-pemuda, sesiapa yang mampu di antara kamu (mempunyai belanja serta keinginan) hendak berkahwin, hendaklah ia kahwin, kerana sesungguhnya perkahwinan itu akan memejamkan matanya (terhadap orang yang tidak halal dilihatnya) dan terkawal kehormatannya dan sesiapa yang tidak mampu berkahwin hendaklah ia berpuasa, bahawa puasa itu menjadi benteng.” (Riwayat Muslim)

Kerana itu, itu meminjam dan meletakkan wang hantaran yang tinggi tidak digalakkan dalam Islam. Sekiranya terpaksa membuat pinjaman, ia hendaklah berpada dan tidak menyusahkan kehidupan anda berdua nanti.

Selain itu anda dicadangkan mengambil pembiayaan peribadi secara Islam. Ia membabitkan akad jual beli atau sewa berbanding dengan membuat pinjaman biasa melalui bank yang membabitkan riba.

Isnin, 18 April 2011

Karipap dan Donut Frozen



Karipap Frozen

Inti kentang + Ayam
Inti kentang + Daging
Inti Kentang + Ikan Bilis
Inti Sardin

Harga

1 bungkus RM2.00 = 7 Biji
Free 1 Bungkus (dengan pembelian 5 bungkus) Harga pengenalan...berakhir 30 April ini.




Harga

1 bungkus RM2.00 = 7 Biji
Free 1 Bungkus (dengan pembelian 5 bungkus) Harga pengenalan...berakhir 30 April ini.

Kami pengeluar karipap dan donut frozen dan insyaallah produk lain seperti roti canai dan cucur badak frozen akan menyusul tidak lama lagi.Penghantaran terus ke rumah anda untuk area jitra dan alor setar....mengikut terma dan syarat.

Kami mencari pengedar utk produk kami...utk maklumat lanjut sila hubungi shakiey 0124461289.

Rabu, 2 Februari 2011

Kuiz Kenali Diri Sendiri

"Cara ini sudah dicuba dan kebenarannya sudah terbukti. Pilihan anda menunjukkan keperibadian anda. Anggap diri anda saat ini sedang memasuki sebuah rumah kecil di tepi sungai di tengah hutan tebal. Setelah Anda buka pintunya dan masuk, didalamnya terdapat:

7 tempat tidur kecil di sebelah kanan di sebelah kiri, terdapat meja makan yang dikelilingi 7 kerusi kecil. Di tengah-tengah meja terdapat sebuah bekas dengan 6 macam buah. Buah-buahan tersebut terdiri daripada:

a. epal
b. pisang
c. jeruk
d. mangga
e. rambutan
f. papaya

Buah manakah yang akan anda pilih?

Pilihan anda akan menunjukkan sifat-sifat peribadi anda! Berfikirlah dengan berhati-hati.
> >-
> >-
> >-
> >-
> >-
> >-
> >-
> >-
> >-
> >-
> >-
> >-
> >-
> >-
> >-
> >-
> >-
> >-
> >-
> >-
> >-
> >-
> >-
> >-
> >-
> >-
> >-
> >-
> >-
> >-
> >-
> >-
> >-
> >-
> >-
> >-
> >-
> >-
> >-
> >-
> >-
> >-
> >-
> >-
> >-
> >-
> >-
> >-
> >-
> >-
> >-
> >
Ini dia jawapannya...

a. jika anda pilih epal: bererti Anda adalah orang
yang suka makan epal

b. jika anda pilih pisang: bererti Anda adalah orang
yang suka makan pisang

c. jika anda pilih jeruk: bererti Anda adalah orang
yang suka makan jeruk

d. jika anda pilih mangga: bererti Anda adalah orang
yang suka makan mangga

e. jika anda pilih rambutan: bererti Anda adalah
orang yang suka makan rambutan

f. Jika anda pilih papaya: bererti Anda adalah orang yang suka makan papaya

Terima kasih kerana mencuba!!!hehe

Selasa, 1 Februari 2011

Kenali Diri Sendiri

Jom uji diri sendiri....nak kenal diri anda.Ianya bukan sembarangan soalan kerana daripada jawapan yang diberikan, anda dapat mengetahui sebab mengapa seseorang itu memilih pasangan mereka.
Walaupun ia cuma ramalan psikologi, namun ada juga kebenarannya. Nak tahu apa soalan tersebut? Baik, saya kongsikan dengan anda. Soalannya berbunyi begini.

Ada 5 perkara berlaku serentak.
1.Air mendidih kat dapur.
2.Air paip melimpah kat bilik air.
3.Bayi menangis.
4.Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.

Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan 'settle' kan terlebih dahulu?

Anda dikehendaki untuk susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan.
Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan.
Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu.

Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang.

Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda.

Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...

OK, dah habis fikir dan buat keputusan?
Nak tahu apakah fakta terselindung disebalik jawapan yang anda berikan?

Baik, mari kita semak jawapan anda...
apakah ciri/sifat/perkara yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan anda.


* Kalau anda memilih untuk menutup air medidih : menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan 'si dia' untuk membimbing anda.

* Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air : menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.

* Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis : menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.

* Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi : menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.

* Kalau anda memilih untuk membuka pintu : menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.


Haaa macammana dengan keputusan anda? Bagus? Anda boleh bertanya soalan ini kepada rakan-rakan anda untuk mengetahui apakah perkara-perkara yang mereka utamakan dalam memilih pasangan hidup.

Selamat Mencuba.

Isnin, 24 Januari 2011

Tips mudah yang mengubah kehidupan anda?

Setiap orang pasti mempunyai tips motivasi yang begitu memberi kesan dalam hidupnya. Walaupun perkara itu nampak mudah atau ‘simple’ sahaja, tetapi sebenarnya perkara itu begitu memberi kesan dalam hidup individu tersebut. Dan salah satu tips yang begitu memberi kesan kepada saya adalah setelah membaca sebuah tips mudah dari Frank Tibolt.

Dalam bukunya iaitu ‘Sentuhan Kejayaan’, beliau telah berkongsi cara mudah untuk mengubah hidup anda. Ini adalah kisah mengenai saya pada 5-6 tahun lepas. Tips untuk berjaya dan mendapatkan perkara yang anda mahukan. Tips tersebut begitu memberi kesan dalam kehidupan saya. Boleh dikatakan saya masih mengamalkan tips tersebut walaupun kadang-kala kemalasan sedikit melanda.Hehe.. :-)
Tapi ianya betul-betul berkesan.


Perkara yang perlu anda buat adalah:

1.Setiap malam sebelum tidur, senaraikan 6 perkara yang akan anda lakukan keesokkan harinya.

2. Kenalpasti perkara yang penting dan segera yang perlu dilakukan antara aktiviti tersebut. Rankingkan ia. Letak ‘list’ tersebut di atas meja.

3. Apabila bangun daripada tidur, lihat perkara tersebut dan mula melakukannya berdasarkan keutamaan.

4.Teruskan melakukan perkara tersebut sehinggalah hari anda tamat.

Usah risau jika anda tidak dapat melakukan atau menyelesaikan kesemua aktiviti tersebut. Sekurang-kurangnya anda telah maju kehadapan berbanding orang yang lain dengan melakukan perkara penting. Hatta walaupun perkara yang pertama pun belum berjaya diselesaikan. Hal ini kerana anda sedang melakukan perkara yang utama.

Pengalaman saya mengenai tips ini adalah, kadang-kala saya sedikit malas untuk mengikutnya kerana terpengaruh melakukan perkara lain yang kurang penting. Tetapi apabila melihat senarai ini, membuat saya sedikit sedar mengenainya. Lama-kelamaan perasaan bersalah ini bertambah dan terusnya melakukannya.
Selamat mencuba tips ini. Apa kata anda cuba dan praktikannya.
Salam inspirasi. :-)