Ada benarnya....Mahal sgt kah cuti tanpa gaji, demi anak2.
Seawal jam 6:30 atau 7:00 kita suami isteri hantar anak ke rumah org/taska... Kalau dulu, ayah je.. Tp skrg, kdg2 isteri pun blk lewat...
Anak2 redha di tempat org... Belajar, bermain... Riang... Kongsi makan dan kongsi penyakit... xpe, KLINIK ADA!!
Sepanjang di tempat kerja, anak2 di rumah pengasuh/taska rindu kat kita... Rindu ayah... Rindu mama..
Tp... Nak ckp rindu x reti... Nak tulis surat, xreti gak... Jadi, bila kita ambil anak jam 6:00 ptg, diulang, 6:00 ptg, saat anak nampak mama dan ayah dia, anak kita tekad... Dia nak mama tgk dia... Nak ayah dukung, peluk dia... Dia buat perangai... Nak makan sndri... Nak itu... Nak ini... Nak dukung... Tumpah air.. Kerna hanya bahasa PROTES dan BUAT PERANGAI shj yg anak2 tahu utk bgtau yg... "Mama saya rindu n sayang sgt kat mama..."
TAPI.....
Apa kita buat...
Bila anak2 bising... Kita marah...
Bila anak2 main... Kita herdik...
Dia nangis, kita jerit "DIAM!!!!"
Dia suruh ajar... Kita jawab "AYAH NAK TGK TV, FAHAM!!!!"
Dia tumpahkan makanan/air kita tengking seolah2 dia sudah cukup matang...
Sedih hati seorg anak yg rindu mama... Yg rindu abah... Yg rindu pelukan ibu... Rindu dukungan abi...
Apakah duit boleh ganti kasih sayang?
Apakah jus tok guru boleh ganti suapan kasih sayang?
Apakah mainan berlambak2 boleh ganti saat bergurau senda sesama keluarga?
Apakah masing2 makan kat luar boleh ganti nilai makan bersama...
Fikir sahabat...
Fikir teman2...
Fikir ayah ibu yg mulia...
* kata2 ini membuatkan aku tersedar seketika,kerana aku adalah salah seorang golongan yg mcm ni. Bila blk keja pukul 7.30ptg and kdg2 8.00ptg bergantung kepada jammed kemudian aku akan amik rayyan di nursery. slalunya time ni kena amik dekat umah pengasuh tu sndr...rayyan seorang yang last.kesiannya aku dkt dia tp nak buat mcm mana atas desakan hidup.semuanya sbb nk bg rayyan hepi jugak.nak sekolahkan dia,nak bwk dia jalan2 and mcm2 lagi.semuanya demi anak aku. begitu juga suamiku yg terpaksa blk lewat disebabkan waktu kerja dia mcm tu. bila blk umah nak siapkan itu ini nak makan smpaila jam 9 mlm...so pastu time masa nak berehat. time ni rayyan akan ajak aku main dgn dia...dan slalunya aku akan layan sekejap sbb dah ngantuk sgt time tu.koi 10 slalunya mata aku dh x leh nak buka dah. so bila rayyan ajak aku main,aku mulala nak ngamuk. dgn ayah dia xnak ganggu.ayah dia elok ja dok tgk tv,dia suka nak ngacau aku. and slalunya aku akan marah2.aku kesiankan rayyan tp nak buat cane,dgn keadaan aku skrg...letih dgn keja,perjalanan yg jauh,n pregnant..
aku harap aku dpt memperbaiki hidup aku lps ni,aku akan sentiasa melayan kerenah si rayyan kerana aku tahu dia amat memerlukan kasih sayang aku buat masa skrg.
utk rayyan maafkan ibu n ayah kerana tidak memahami hati kecil seorang kanak2.Love u rayyan
Isnin, 19 Ogos 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan