Sabtu, 18 Jun 2011

Madu + Habbatus Sawda'

Ramai orang takut apabila diceritakan mengenai MLM ataupun Multilevel Marketing ataupun Jualan Langsung. Begitu juga dengan aku…kalo dulu ramai sangat yang datang kat aku citer mcm2 pasal MLM sampai aku rasa bosan plak…sebut jer MLM aku terus lari.Tapi sejak aku bekerja di PRM Global Vision Sdn Bhd barulah mentaliti aku berubah…mana tidaknya sebab syarikat aku ni mengeluarkan produk yang begitu berkesan.Aku x pernah jumpa lagila produk yang ternyata mujarab…bukan stakat penyakit biasa malahan orang yang 50-50 bleh sembuh. Tapi sebagai umat islam kita jgn percaya kepada produk tu…tetapi percaya kepada Allah yang menyembuhkan penyakit seseorang TETAPI dengan syarat orang tu kena berusaha…cane nak berusaha???mcm nil ah dengan mencuba produk yang org rekemen dekat kita.Orang pon bukan nak rekemen sebarangan ubat…mestila dia crita produk yang baik aje.Tapi kita kena yakin bahawa apa yang berlaku ada hikmahnya…so berusahalah mengobati penyakit anda.

Allah tgk kepada usaha kita….mcm yang produk syarikat aku ni adalah MADU + HABBATUS SAWDA.kedua-dua bahan ini terkandung di dalam Al-Quran dan As-Sunnah….

Dalam surah An-Nahl

Tafsirnya: "Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan."

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Qur'an, Baginda bersabda:

Maksudnya: "Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur'an." Hadis Riwayat Ibn Majah

Di samping itu madu juga seringkali digunakan untuk sampingan sarapan pagi agar tenaga segera siap digunakan dalam menjalankan kerja harian. Madu juga memiliki aroma enak yang meningkatkan selera, sepertimana Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga mengamalkannya. Diperkuatkan dengan hadis baginda yang berbunyi:

Maksudnya: "Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar."

Di samping itu dengan memakan madu juga boleh menyembuhkan batuk-batuk yang menganggu dan boleh mencegah daripada kekejangan pada otot tubuh khususnya pada bahagian kaki. Dalam perubatan tradisional, madu telah dimanfaatkan untuk menahan luka-luka terbakar pada kulit. Jika diusapkan madu akan dapat mengurangi rasa sakit yang menyengat dan mencegah pembentukan lepuh (melecur) dan cepat sekali menyembuhkan kawasan yang terbakar. Di samping itu banyak lagi penyakit yang boleh sembuh misalnya hidung tersumbat, anak yang kencing malam dan sesuai untuk kanak-kanak damit yang baru lahir.

Dalam al-Qur'an, hadis-hadis yang disebutkan dan amalan perubatan tradisional, madu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Adalah menjadi suatu amalan yang baik menjadikan madu sebagai ubat dan penjagaan kesihatan.

Sedangkan hadits shahih Rasulullah S.A.W yang mengungkapkan madu sebagai obat adalah sebagi berikut: Dari Ibnu Abbas R.A. dari Rasulullah S.A.W. : ”Kesembuhan dari penyakit itu dengan melakukan tiga hal : berbekam, minum madu dan dibakar dengan besi panas. Tetapi aku melarang umatku membakar dengan besi panas itu”. HR. Shahih Bukhari. Meskipun dengan ayat Al Qur’an yang jelas dan hadits yang shahih sekalipun, mungkin kita masih ragu bahwa madu lah obat bagi penyakit kita – maka hal inipun manusiawi dan Rasulullah S.A.W. pun memberikan contoh yang komplit bagi kita dengan hadits shahih berikut ini :

Diriwayatkan oleh Abu Sa’id Al-Kudri : Seorang laki-laki datang kepada Rasulullah S.A.W. dan berkata, “ Saudaraku sedang mengalami sakit perut” kemudian Rasulullah, S.A.W berkata kepada laki-laki tersebut, “Suruh dia minum madu”, Laki-laki tersebut kembali kepada Rasulullah, S.A.W dan beliau berkata kembali “Suruh dia minum madu”, Laki-laki tersebut kembali untuk ketiga kalinya dan Rasulullah tetap berkata “Suruh dia minum madu” , kemudian laki-laki itu kembali dan berkata “ Sudah saya lakukan ya Rasulallah”, kemudian Rasulullah S.A.W. bersabda “Allah telah menyampaikan yang benar, tetapi perut saudaramu berbohong, suruh dia minum madu”. Kemudian laki-laki itu meminta saudaranya untuk kembali minum madu dan dia sembuh.

Dalil mengenai Habbatus Sawda pula

Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda di dalam Hadis baginda yang dipetik daripada kitab Ash Shahihain:

“Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w bersabda : ” Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali mati ” ( Hadis riwayat Bukhari ).


Kalo korang nak tau fakta-fakta mengenai madu lehla check tenet...banyak dalam tu.itupun kalo korang x percaya and nak kaji sendiri. apa apa pun mmg patut kita kaji, try and rasai kehebatan madu ini.try buka website ni pun ok gak

http://www.rahsiamadu.com/



0 ulasan:

Catat Ulasan