Ahad, 19 Februari 2012

Tips: Panduan menghadapi ujian hidup

Kawan-kawan…

Bumi yang mana tidak ditimpa hujan, lautan yang mana tidak dilanda taufan. Setiap insan pasti diuji dengan pelbagai ujian.

Waktu diuji kita selalunya bersedih,kadangkala menangis sendirian kerana begitu beratnya ujian. Dunia terasa sempit menghimpit perasaan,kita mula hilang pertimbangan. Tidak semena-mena menunding jari kepada insan di sekeliling kita dengan pelbagai tuduhan.

Ketahuilah permata yang terbenam dalam lumpur takkan terhasil tanpa haba dan tekanan yang tinggi.Ia juga takkan bersinar bergemerlapan jika tidak dicanai,diasah dan digilap. Apakah kita ingin menjadi permata yang teguh bergemerlapan atau rela menjadi pasir yang hancur kerana tidak mampu bertahan?

Setiap ujian akan memantapkan keimanan bagi orang-orang yang tabah dan sabar, sebaliknya membawa kehancuran jika membiarkan diri hanyut tanpa pedoman. Berapa ramai orang yang tersungkur, terjerumus dalam keseronokan duniawi berlebih-lebihan dengan alasan cuba melupakan kepedihan?

Malah ada yang sanggup bertindak melampau dengan merentap jiwa mereka sendiri kerana ceteknya pertimbangan. Ingatlah pada Allah SWT, setiap jiwa itu amat berharga,tidak untuk dimusnahkan begitu sahaja.

Ingatlah kawan….

Allah SWT Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,Allah SWT tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Allah SWT yang mencipta kita, pastilah Allah SWT jua amat memahami kemampuan diri kita.Oleh itu, janganlah putus asa.




Sabtu, 11 Februari 2012

Jumaat, 20 Januari 2012

Peluk Lebih Nikmat - Tips Bahagia Rumahtangga

PERKAHWINAN dan kasih sayang antara suami isteri boleh dikekalkan apabila pasangan selalu mempraktikkan ungkapan-ungkapan kasih kepada pasangan masing-masing seperti ucapan sayangf sekurang-kurangnya tujuh kali sehari.

Bukan itu sahaja, berkomunikasi dengan baik, bergurau senda dan memanggil pasangan dengan panggilan hebat seperti 'sayang', 'abang', 'manja' dan sebagainya juga dapat mengeratkan lagi perhubungan suami isteri.

Masing-masing perlu memainkan peranan untuk memupuk perasaan sayang agar ia sentiasa mekar dalam jiwa dan membuahkan keserasian dan kemesraan.

Selain itu, tahukah anda bahawa pelukan juga boleh membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim?

Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangan. Kajian mendapati pelukan bukan sesuatu yang bersifat seksual. Ia satu daripada kaedah untuk mendapatkan keselesaan.

Begitupun, biasanya suami menganggap pelukan bermakna isteri dahagakan hubungan seksual. Sebenarnya para isteri lebih menikmati pelukan dari hubungan seksual.

Menurut Doktor Perubatan Kanan Kumpulan Perubatan Penawar Johor Bahru, Dr. Zubaidi Ahmad, para suami tidak perlu rasa 'kelam kabut' sekiranya tidak bersedia bila isteri minta dipeluk.

Ini kerana jelas beliau, bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal dan ada kalanya merimaskan selain tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk.

mencadangkan 'rawatan pelukan'

"Sebenarnya suami isteri saling memerlukan antara satu sama lain untuk mengurangkan tekanan perasaan.

"Ramai pakar psikologi yang mencadangkan 'rawatan pelukan' di mana suami dan isteri digalakkan berpeluk sebelum tidur selama 10 minit. Pelukan ini harus dinikmati tanpa diteruskan dengan hubungan seks.

"Tujuannya agar segala perasaan negatif yang tersimpan dalam hati sepanjang hari dapat dilepaskan dengan memeluk suami atau isteri. Jadi, pelukan sangat diperlukan dalam hubungan suami isteri. Ia akan merapatkan lagi hubungan suami isteri," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Katanya, pelukan bukan bermakna mukadimah pada hubungan seks antara suami dan isteri.

Ia juga harus dilihat sebagai hubungan perasaan dan perkongsian emosi antara suami dan isteri.

Mengulas lanjut, Dr. Zubaidi berkata, pelukan adalah satu sentuhan fizikal yang erat dilakukan di leher, belakang badan atau pinggang.

Pelukan juga kadang kala melibatkan kucupan, pandangan mata, sentuhan mesra dan beberapa gerakan tubuh lain.

Oleh itu, mereka yang berpelukan menandakan hubungan mereka amat rapat dan mempunyai pertalian kasih sayang yang mesra.

Kata Dr. Zubaidi, ramai ahli psikologi kini bimbang dengan pasangan suami isteri yang jarang berpelukan.

Mereka bimbang perkahwinan pasangan seperti itu hanya diikat oleh 'lafaz nikah' dan hubungan fizikal dan seks saja dan bukan hubungan emosi serta perkongsian perasan.

"Islam juga menggalakkan hubungan emosi dan dalam satu hadis Rasulullah SAW memberitahu, barang siapa yang tidak mengasihi, maka ia tidak akan dikasihi. (riwayat Bukhari dan Muslim).

"Oleh yang demikian, perbanyakanlah luahan kasih sayang dengan ucapan dan sentuhan fizikal (pelukan).

"Secara tidak langsung, bagi pasangan yang agak berat untuk meluahkan perkataan 'Saya sayang awak', pelukan adalah cara alternatif terbaik untuk melafazkannya," ujarnya.

Pelukan juga akan menyebabkan kelenjar di otak mengeluarkan hormon serotonin dan dopamine yang memberikan rasa tenang dan tenteram.

Perbuatan itu juga akan menyebabkan gelombang di otak menjadi lebih tenang, lalu mengurangkan stres dan kerisauan.

Oleh itu bagi pesakit yang mengalami masalah kerisauan (anxiety) dan mempunyai emosi yang tertekan, memeluk binatang peliharaan adalah rawatan kejiwaan yang baik.

Namun apa yang lebih baik lagi bagi suami atau isteri selain memeluk pasangan masing-masing ketika mereka mengalami tekanan jiwa dan dalam keadaan kerisauan.

- UTUSAN

Sabtu, 10 Disember 2011

Frozen Food

Isnin, 15 Ogos 2011

Lama x menulih...

Hmmm...lama giler aku x menulis ni.lepas jer aku berenti keje dr PRM ari tu sebab nak bisnes punya psl...so br skrg aku menjelma blk.hmm mmg rindu giler2 nak check web and baca blog kawan2 tp apakan daya oleh kerana kesibukan yang amat sgt...aku terpaksa melupakan hobi aku.

so skrg aku kembali sbb aku nak buat website PRM...nak cari duit lebih utk raya ni.kalo aku x keje so x berayalah aku tahun ni.aku tgh serabut kepala ni memandangkan nasib aku yang x hbs2 ditimpa masalah.yelah kalo xde mslh x bestla hidup....tp mslhnya hidup aku seringkali bermasalah.nak buat cane dah aku sorg yang kuat...jadi ALlah akan sentiasa uji aku.

Sabtu, 18 Jun 2011

Madu + Habbatus Sawda'

Ramai orang takut apabila diceritakan mengenai MLM ataupun Multilevel Marketing ataupun Jualan Langsung. Begitu juga dengan aku…kalo dulu ramai sangat yang datang kat aku citer mcm2 pasal MLM sampai aku rasa bosan plak…sebut jer MLM aku terus lari.Tapi sejak aku bekerja di PRM Global Vision Sdn Bhd barulah mentaliti aku berubah…mana tidaknya sebab syarikat aku ni mengeluarkan produk yang begitu berkesan.Aku x pernah jumpa lagila produk yang ternyata mujarab…bukan stakat penyakit biasa malahan orang yang 50-50 bleh sembuh. Tapi sebagai umat islam kita jgn percaya kepada produk tu…tetapi percaya kepada Allah yang menyembuhkan penyakit seseorang TETAPI dengan syarat orang tu kena berusaha…cane nak berusaha???mcm nil ah dengan mencuba produk yang org rekemen dekat kita.Orang pon bukan nak rekemen sebarangan ubat…mestila dia crita produk yang baik aje.Tapi kita kena yakin bahawa apa yang berlaku ada hikmahnya…so berusahalah mengobati penyakit anda.

Allah tgk kepada usaha kita….mcm yang produk syarikat aku ni adalah MADU + HABBATUS SAWDA.kedua-dua bahan ini terkandung di dalam Al-Quran dan As-Sunnah….

Dalam surah An-Nahl

Tafsirnya: "Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan."

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Qur'an, Baginda bersabda:

Maksudnya: "Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur'an." Hadis Riwayat Ibn Majah

Di samping itu madu juga seringkali digunakan untuk sampingan sarapan pagi agar tenaga segera siap digunakan dalam menjalankan kerja harian. Madu juga memiliki aroma enak yang meningkatkan selera, sepertimana Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga mengamalkannya. Diperkuatkan dengan hadis baginda yang berbunyi:

Maksudnya: "Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar."

Di samping itu dengan memakan madu juga boleh menyembuhkan batuk-batuk yang menganggu dan boleh mencegah daripada kekejangan pada otot tubuh khususnya pada bahagian kaki. Dalam perubatan tradisional, madu telah dimanfaatkan untuk menahan luka-luka terbakar pada kulit. Jika diusapkan madu akan dapat mengurangi rasa sakit yang menyengat dan mencegah pembentukan lepuh (melecur) dan cepat sekali menyembuhkan kawasan yang terbakar. Di samping itu banyak lagi penyakit yang boleh sembuh misalnya hidung tersumbat, anak yang kencing malam dan sesuai untuk kanak-kanak damit yang baru lahir.

Dalam al-Qur'an, hadis-hadis yang disebutkan dan amalan perubatan tradisional, madu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Adalah menjadi suatu amalan yang baik menjadikan madu sebagai ubat dan penjagaan kesihatan.

Sedangkan hadits shahih Rasulullah S.A.W yang mengungkapkan madu sebagai obat adalah sebagi berikut: Dari Ibnu Abbas R.A. dari Rasulullah S.A.W. : ”Kesembuhan dari penyakit itu dengan melakukan tiga hal : berbekam, minum madu dan dibakar dengan besi panas. Tetapi aku melarang umatku membakar dengan besi panas itu”. HR. Shahih Bukhari. Meskipun dengan ayat Al Qur’an yang jelas dan hadits yang shahih sekalipun, mungkin kita masih ragu bahwa madu lah obat bagi penyakit kita – maka hal inipun manusiawi dan Rasulullah S.A.W. pun memberikan contoh yang komplit bagi kita dengan hadits shahih berikut ini :

Diriwayatkan oleh Abu Sa’id Al-Kudri : Seorang laki-laki datang kepada Rasulullah S.A.W. dan berkata, “ Saudaraku sedang mengalami sakit perut” kemudian Rasulullah, S.A.W berkata kepada laki-laki tersebut, “Suruh dia minum madu”, Laki-laki tersebut kembali kepada Rasulullah, S.A.W dan beliau berkata kembali “Suruh dia minum madu”, Laki-laki tersebut kembali untuk ketiga kalinya dan Rasulullah tetap berkata “Suruh dia minum madu” , kemudian laki-laki itu kembali dan berkata “ Sudah saya lakukan ya Rasulallah”, kemudian Rasulullah S.A.W. bersabda “Allah telah menyampaikan yang benar, tetapi perut saudaramu berbohong, suruh dia minum madu”. Kemudian laki-laki itu meminta saudaranya untuk kembali minum madu dan dia sembuh.

Dalil mengenai Habbatus Sawda pula

Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda di dalam Hadis baginda yang dipetik daripada kitab Ash Shahihain:

“Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w bersabda : ” Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali mati ” ( Hadis riwayat Bukhari ).


Kalo korang nak tau fakta-fakta mengenai madu lehla check tenet...banyak dalam tu.itupun kalo korang x percaya and nak kaji sendiri. apa apa pun mmg patut kita kaji, try and rasai kehebatan madu ini.try buka website ni pun ok gak

http://www.rahsiamadu.com/



Khamis, 16 Jun 2011

Miss My Son

Hai rindu bebenor dekat anak aku rayyan...smenjak aku berjauhan dari dia ni, aku rasa mcm dah x betol dah. rasa pening2 lalat, malas nak buat keja,rasa cam nak jerit...n mcm2 lagi.hai xtaulah cane aku nak ubatkan hati aku nih. aku kena tinggalkan dia sekejap dekat makayah aku, nak balik slalu jenguk dia mana bleh melainkan cuti jumaat jer aku leh tgk dia. Yang mak aku plak xnak bg aku ambik dia balik...kalo bleh nak jaga rayyan sampai bila2...hai mana bleh cani,kesunyianla aku tanpa baby tersayang.dahla sebelum ni dah sunyi dah, pastu skrg ada anak pon nak kena kesunyian lagi...haru haru.

tapi hari ni khamis so aku nak p amik anak aku balik...no matter what.xpala kalo makayah aku rindu kat rayyan depa leh mai slalu.aku jer yang xleh blk jenguk anak aku sbb keja, mcm depa bukan ada keja.hehe...

today rayyan your mum back...miss u so much mmmuah.