Sabtu, 10 Oktober 2015

Wedding Photographer

Dah lama x update blog ni..oleh kerana sibuk ngan macam2 kerja..hari ni aku boring2 so aku updatela skit2.Padahal kerja nak buat belambak2 lagi...artikel nak kena baca aku hold sat.nak update gambaq skit.

Alhamdulillah selesai sudah tugas aku untuk wedding photography untuk pasangan Faiz dan Ema.Pasangan yang serasi,sama cantik sama padan ni memberikan full cooperation.Memang superb la depa ni.Walaupun si lelaki macam malu2 sikit, tp bila aku dok buat ramah aku,hilang teruih malu dia.setiap posing dia relax jer and x kaku lagi.

ok sampai sini dulu..nanti aku update lain.Nak edit gambaq depa plak.caucincau...

Sabtu, 31 Januari 2015

Tabahkan Hati Wahai Hati

Assalamualaikum...

Hari ni penutup untuk bulan 1,dah 31 januari 2015. Alhamdulillah aku p keja macam biasa.Niat nak cari rezeki yang Halal,namun sebaliknya yang berlaku.Biarlah rahsia,tp memang sedih sgt2.. Aku hanya mampu berdoa semoga Allah permudahkan segala urusanku.Amin

Rabu, 28 Januari 2015

Masad Cafe : Untuk Tenaga dan Minda




Tahukah anda yang MASAD CAFE ini mengandungi campuran madu,habbatus sawda',






MUHASABAH DIRI






+ Nabi Allah Ismail a.s. tidak pernah teragak-agak untuk menyerahkan dirinya apabila dikhabarkan oleh Ayahandanya bahawa Allah SWT memerintahkan Baginda menyembelihnya;

+ Siti Hajar tidak pernah teragak-agak apabila mendapat tahu Allah memerintahkan suaminya meninggalkan beliau di padang pasir yang kering kontang dan tanpa manusia;

+ Sayyidina Ali a.s. tidak pernah teragak-agak untuk tidur di perbaringan Baginda SAW ketika diperintahkan oleh Baginda SAW untuk mengabui kaum musyrikin ketika peristiwa Hijrah;

+ Asma binti Abu Bakar al-Siddiq tidak pernah mengeluh menghantar makanan walau terpaksa mendaki Gua Thur yang tinggi ketika sarat hamil demi menyediakan bekalan makanan dan minuman untuk ayahandanya dan Baginda SAW.

+ Para sahabat ranhum tiada seorang pun teragak-agak untuk tidak berhijrah meninggalkan Mekah walaupun masing-masing sudah memiliki rumah-rumah dan sanak keluarga di Mekah apabila diperintahkan Hijrah ke Madinah 
dan banyak kisah-kisah teladan lain untuk kita jadikan iktibar bahawa apabila ketaqwaan itu tinggi, ketaatan kepada Allah bukan lagi suatu yang menyusahkan tetapi menjadi suatu yang mudah bahkan nikmat.
Sama-samalah kita tingkatkan ketaqwaan kita. Salam Ma'al Hijrah 1436H...

Dipetik dari fb https://www.facebook.com/semakdiri ... 
#Sekali sekala kita muhasabah diri...Macam aku ingin menjadi yang terbaik.Untuk renungan kita bersama.Bermuhasabah di pagi hari untuk memperbaiki diri.Yang mana terkurang kita pertingkatkan,yang mana terlopong kita tampalkan,yang mana tercarik kita satukan dan yang mana buruk kita cantikkan.

Rabu, 21 Januari 2015

HAI 2015

Assalamualaikum...

Selamat Datang 2015..awat lambat sgt nak wish.Maklumlah sebelum ni x sempat nak berblogging..so today dah ada masa br nak update blog setelah sekian lama menyepi.So skrg aku buat come back.Kalau sebelum ni last post aku pasal mengandung,skrg of course la aku dah branak...dari tahun lepas bulan 2 2014 aku melahirkan permata hati aku SYAKIRA RIEFHAN,dan bulan 2 dah nak masuk setahun dah anak aku.How time flies....sangat dasyat.

Tahun 2015,perkembangan aku...masih lagi isteri kepada MOHD SYAHRUL AZILAN BIN MAT ISA. Anak aku SYAHRIEFQYE RAYYAN dah masuk 4 tahun.Dia sangatlah cakap banyak,and dah pandai pertikai itu ini,pandai dah nak pilih fesyen baju sendiri,baju mana dia x suka xmo pakai...and macam2 lagi.Tapi aku happy sebab boleh dok pot pet2 ngan dia stiap hari maka x jemulah kehidupan aku.

Kemudian aku dianugerahkan seorang anak pompuan yang comel and quite aktif..SYAKIRA RIEFHAN.Sangat teruja bila dah dilengkapi hidup dengan sepasang anak yang comel2 bagiku.mestilah dah anak sendiri kenalah puji kan. So tahun 2015 aku masih lagi di PRMGV,and stay di JITRA.aku rasa memang aku dah ditakdirkan di sini,so aku redho dengan apa yang Allah dah tetapkan untuk aku. 2015 seperti aku dan suami bagai baru nak memulakan hidup baru...semuanya bermula dengan 0 and pelan2 kami menapak untuk membesarkan anak2ku dan menjadi hamba yang soleh and solehah.

So target 2015 aku ingin menjadi seorang anak,isteri yang terbaik..seorang ibu yang sangat2 penyabar,seorang staf yang berjiwa cekal and amanah...dan yang paling penting seorang hamba yang solehah.Itu janji aku dan aku akan cuba pelan2 untuk berubah.Kalau target dr segi kehidupan yang cemerlang insyaallah aku aim rumah banglo sebijik dekat ngan tasik tu...and SHAKIEY ENTERPRISE berkembang maju.Kalau x dapat semua tu tahun ni,insyaallah aku akan usaha and usaha lagi.Kan orang cakap usaha tu tangga LIF.

Itu saja yang aku ingin target for this year..hopefully i can achieve!!!Strive hard for the super duper best.

Isnin, 13 Januari 2014

Setia Pada Yang Satu


Mesti ramai yang tertanya2..kenapela minah ni dari dl asyik minum kopi ni jer. Mesti dah bosan dengar psl Masad Cafe. Bagi aku x jemu untuk memperkatakan psl produk ni..sbbnya aku dah merasai keberkesanannya sejak tahun 2011 lagi. Bukan aku jer malah ahli keluarga aku and kawan2 yang mana rasa mesti diorang x pernah kecewa. Dengan masad cafe aku bertenaga,dengan masad cafe aku bahagia and dengan masad cafe jugak aku menjadi wanita yang kuat.

Anyway ramai jugak yang tanya aku camner aku kekal cergas dulu kini dan selamanya. Aku memang xde rahsia melainkan aku hanya amik masad cafe setiap pagi.Kadang ada jugakla bila stok dah hbs so aku x minumla..Tp yang pasti bila hidup dikelilingi dengan tanggungjawab dan urusan yang tak pernah habis menjadikan kita memerlukan sesuatu untuk mengekalkan kecergasan. Aku pon ada masa jugak aku jem or hang seketika...tp kena bangkitla dgn azam yang kuat.

Yang aku ingat,rasanya dh lama aku x sakit..bukan aku nak sombong tp itulah kenyataan.Baru2 ni bleh dikatakn satu ofis demam serentak,bila musim ujan ari tu. Alhamdulillah aku terkecuali drpd sebarang penyakit..semuanya berkat aku mengamalkan sunnah rasulullah iaitu minum campuran madu dan habbatus sawda. Sekarang aku dah yakin dan aku sarankan orang ramai meyakini apa yang telah terkandung dalam Al-Quran dan As-Sunnah.

Penat merepek..nak p bancuh masad cafe sat.
Bye

Khamis, 2 Januari 2014

32 Minggu Dah

Eh..sedar x sedar kandungan aku dah masuk 32 minggu..rasa mcm x percaya pon ada. Tapi aku kena hati-hati kali ni sbb aku dah penah kehilangan seorang bayi dan aku nak bayi kali ni sihat sepenuhnya.Mungkin sebelum ni Allah bagi dugaan kepadaku. So aku kena jaga elok2,no more stress and kena sentiasa makan makanan yang sihat. Kalo ada rasa pape terus ke hospital jer..biar org kata mengada asalkan aku x merasa lagi kehilangan.


Berat bayi dalam kandungan anda sekarang lebih kurang 1.7kg dan panjangnya lebih kurang 42sm dari kepala ke jari kaki. Walaupun paru-parunya tidak akan matang sepenuhnya sehinggalah hampir waktu dilahirkan, sikecil anda sudahpun menyedut cecair amnion untuk menguatkan paru-parunya dan berlatih untuk bernafas. 

Bagi sesetengah bayi, rambut sudahpun memenuhi kepala, tetapi ada juga bayi yang hanya mempunyai beberapa gumpal rambut sahaja. Rambut lebat semasa lahir tidak bermakna rambut lebat di kemudian hari, namun begitu, lazimnya kanak-kanak yang mempunyai rambut halus di zaman kanak-kanak akan mempunyai rambut yang jarang semasa dewasa. 

Jika bayi anda lelaki, testikel (buah zakar) sepatutnya turun dari abdomen dan masuk ke dalam skrotum (kantung zakar). Namun kadang-kala, satu testikel atau kedua-duanya tidak akan turun masuk ke tempatnya sehinggalah selepas kelahiran. Bagi dua pertiga bayi lelaki yang mempunyai testikel yang tak turun semasa lahir, keadaan ini akan pulih dengan sendirinya menjelang usianya satu tahun

Anda mungkin menambah berat badan sebanyak 450g setiap minggu, kerana dalam masa tujuh minggu sebelum lahir, bayi anda akan menambah lebih daripada setengah berat lahirnya. Pastikan anda makan secara sihat dalam minggu-minggu terakhir ini. 

http://www.babycenter.com.my/a1044624/perkembangan-fetus---hamil-32-minggu#ixzz2pETvTpe5