Jumaat, 26 November 2010

Petua Anak Pintar

Semua ibu bapa sekarang yang inginkan anaknya cerdik dan pintar...Mana ada ibu bapa yang nak anaknya x brape nak cerdik btoi x.Orang cakap kalo anak cerdik ni slalunya sebab dah asai dari keturunan cerdik,tp ada juga yg makayah atau ahli keluarganya biasa2 saja tp tiba2 ada sorang dlm family cerdik...sape nak jawab persoalan.

Sebenarnya untuk mendapatkan anak cerdik,terdapat petua2 yang harus kita amalkan...org cakap melalui pemakanan.Ya betul tu...selain daripada pemakanan yang sihat ada juga petua lain yang harus kita amalkan.Jom baca, amalkan dan lihatlah hasilnya.

1. Setiap malam sebelum anak tidoq,hendaklah kita wiridkan Ya Latiff ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin ataupun memadai 100 kali.

2. Membaca surah Al-Fatihah 1 kali dan Alam Nasyrah 1 kali.

3. Bercakap-cakaplah dengan anak semasa dia tido dgn menyeru nama penuhnya berbinkan dan berbintikan nama kita. Percakapan itu berupa nasihat,pujian dan berceritalah tentang kasih sayang kerana ianya sangat berkesan untuk jiwa dan rohnya.

4. Apabila kita berbual-bual dengan anak walaupun dia sedang tidur kita akan lihat matanya sedang bergerak-gerak.Ini bermakna waktu inilah masa yang sesuai untuk kita menceritakan atau memberikan nasihat,kerana anak anda berada di luar sedar dan sedar.

5. Ayah dan ibu hendaklah menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita di ubun-ubun dan muka anak kita.

Cubalah petua ini dan InsyaAllah kesannya anda akan lihat nanti.

0 ulasan:

Catat Ulasan