Khamis, 25 Julai 2013

Nak citer yg best-best ja

Alhamdulillah Allah dah berikan aku rezeki semula,sebelum ni aku diuji tapi kini Allah dah berikan yang terbaik untuk aku. Aku dh dpt keje selepas 3 bulan menganggur..lepas final bulan 6 aku dah sibuk cr keje..semak jugakla kepala bila xde keje.kesian kat si suami nak sara hidup aku.walaopun aku tahu dah mmg lumrah suami kena cari nafkah untuk isteri namun kita janganlah mengharapkan 100% daripada dia jer.kita kenala ringankan beban yang ditanggung suami agar hidup suami isteri bahagia kerana ada sikap tolong menolong. Alhamdulillah walupun suamiku kekurangan duit ringgit,namun dia kaya dengan kasih sayang. Itulah kata2 yang aku selalu bagitahu sesiapa sahaja mengenai suamiku. Sikapnya yang prihatin,suka menolong isteri dan rendah diri membuatkan aku bahagia dengan dia walaupun kami bukan hidup dlm senang lenang. Tapi kdg2 bergaduh gakla bila duit xdak kan.tp itu semua normal. aku tahu aku akan dpt kerja cuma lambat dan cepat sahaja.

Pada 17 Julai 2013 aku diterima bekerja di Empayar Baiduri Sdn Bhd sbg Software Engineer. Alhamdulillah perlahan2 hidupku akan berubah.Ini adalah berkat doa aku setiap hari yg x pernah putus2.aku berdoa nak kerja utk support keluarga,tlg suami,tlg ibu ayah and family serta sesiapa shj yg memerlukan pertolonganku. Aku tanya Allah..salahkah niat aku nak tlg org???hari2 aku menangis...tp skrg aku hanya perlu fokuskan kepada kerja aku.

Paling menggembirakan bila aku disahkan hamil 7 minggu...aku bersyukur sgt2 sbb mmg aku dan suami ada plan utk dpt anak lg.aku plan tahun depan bln2 aku nak branak.Alhamdulillah segala perancangan berjalan dengan lancar. So lps ni Rayyan akan dapat adik,so blehla dia main2 ngan adik dia dan meriahla suasana keluarga kami.

Mulai skrg aku akan update cerita2 menarik sepanjang kehidupan aku...aku harap kebahagian aku akan berkekalan smpai bila2 AMIN.
# gambar Rayyan umur 2thn 4 bulan.My beloved son, i love him so much.

Rabu, 17 Julai 2013

hari 1st

Hari ni merupakan hari pertamaku di Empayar Baiduri Sdn Bhd sebagai software engineer. Awal2 lagi aku dah kluar dr umah,lepas antaq rayyan p neseri terus aku ke tempat keje.alhamdulillah aku x mengalami jem yg teruk. tp esok rasanya kena naik lrt kot,jimat skit. kalo naik kete huh mampusla aku dgn tol lg, paking kete lg and minyak kete...so aku mmg sgt2 x mampu skrg ni. kena tggu gaji bulan depan masuk baru aku boleh bernafas. 

Skrg smua kena jimat2,dahla bulan posa ni smua makanan tgk tringin. tp aku kena kawal nafsu. pasal keje aku kat sini,alhamdulillah rakan2 sekerja semuanya ok...dan harapnya aku dapat bekerja dalam suasana yang ceria. alhamdulillah semua doa aku dah termakbul untuk mendapat keje yg ofis hour dan aku bolehla cuti 2 hari. cumanya aku kena keja bersungguh sungguh supaya aku x stress lagi. Caiyok kioh utk anakku, suamiku,ibu ayahku and familyku...bila aku masuk keja ni dah dapat projek baru. Huh 1GET,mcm tension jer nak buat, Tp insyaallah aku akan usahakan dengan sedaya upayaku. Moga2 Allah bantu segala urusanku. 

 AMIN


Rabu, 3 Julai 2013

Hepi Birthday To Me!!!

Hepi Birthday to me... aku wish utk diri sendiri..ye lah sape lagi nak appreciate utk kita melainkan diri kita sendiri. Alhamdulillah aku masih lagi bernyawa di usia aku yg ke 29 tahun ni. amal ibadat belum cukup lagi. dalam usia aku yg lanjut ni, banyak lagi yang belum aku capai dalam hidup aku. Aku masih lagi terumbang ambing tanpa kerjaya yang mantap, amal ibadat yang compang camping, ilmu rumahtangga dan keibuan kurang dan macam2 lagi. Hdp aku sgt risau skrg hmmm...sakit jiwa jgk kalo pikir. Tahun 2013 ni aku amat berharap sesuatu yang ajaib berlaku dekat aku.stiap tahun aku berdoa tp mungkin nsb belum menyebelahi aku. kadang2 aku pikir Allah x adil dengan aku. slalu sgt duga aku dengan macam2 dugaan. Tp sebenarnya aku yang silap. mungkin ada sebab allah bagi dugaan macam tu, mugkin nak tebus dosa aku yang bertimbun2.yg tu aku kena kaji balik.mungkin slama ni aku dah terpesong jauh dari allah, aku jarang bersyukur dan sentiasa ingat keduniaan ja. aku harap usia aku 29 ni aku dpt memantapkan amal ibadat aku,itu janji aku...insyaallah aku akan usahakan. Tahun ni aku dah malas nak berangan apa2 lagi sbb aku tau aku xkan dapat apa yang aku nak slama ni. kalo sebelum ni, aku mst berangan nak itu ini di hari lahir aku,dan bila aku x dapat mcm biasa aku akan kecewa sorg2. Bukan sekali tp dah banyak kali. Birthday, anniversary ataupun hari bersejarah lain x pernah aku dikejutkan dengan apa yang aku bayangkan. Macam2 aku berangan, nak adiahla, nak kek, nak bunga n mcm2 lg. tp as usual aku akan kecewa sendiri. Jeles jugak aku bila aku tgk kawan2 aku yg lain. Depa mesti dapat surprise bila tiba hari bahagia depa.betapa beruntungnya depa bila dihadiahkan oleh orang tersayang.Tapi aku.....hmmmm. aku bukan nak benda yang mahal2 pon asalkan ada sesuatu utk aku kenang sampai bila2 walaupun sekeping kad. dan skali lagi kalu aku coretkan kat sini,part ni mmg akan buat aku menangis. sbb aku x pernah dapat apa yang aku idamkan. So tahun ni, no more dreaming which is always never true for me. Mungkin aku x layak so aku dah sedar diri.kadang2 aku suka hidup di alam fantasi, berangan itu ini untuk buatkan aku bahagia.itu jer yang mampu aku dapat hehe...tp yang best tahun ni aku akan appreciate diri sendiri. sape lagi nak appreciate aku kan kalo bukan aku ni...alhamdulillah aku dapat adiah yang paling istimewa iaitu pulut kuning. adiah ni daripada Allah dengan bagi rezeki dekat aku. Sebelum ni hari2 aku g cari dekat kedai m.cik tu. tp asik habis ja. Rupa2nya allah nak bg aku makan di hari kelahiran aku. dan aku merasakan ini adalah adiah yang paling bermakna buatku.Tq ALLAH.
Tiada lain yang aku mintak untuk tahun ni melainkan allah panjangkan umurku utkku dapat menjaga anakku, murahkan rezekiku agarku dapat membantu suamiku and ibu dan ayahku serta ahli keluargaku dan sesiapa yang memerlukan pertolonganku. aku dah x mahu pape lagi. dan yang terakhir agar aku xnak berangan lagi yang akhirnya boleh membuatkan aku kecewa. aku dah x mahu adiah yang hebat2 sempena ari bahagia aku sbb aku tau aku xkan dapat. cukuplah sekadar pulut kuning ni. tq again Allah... Hepi Birthday To You Shakiroh Binti Khamis, semoga hidup aku akan bahagia lepas ni. AMMMMMINNN.