
Sabtu, 27 November 2010
Seorang bayi terlahir dari embrio yang telah dibekukan selama 20 tahun
Seorang bayi terlahir dari embrio yang telah dibekukan selama 20 tahun. Ini adalah kelahiran dari embrio terlama, sebelum berhasil dan menjadi bayi yang sehat.
Ibu berusia 42 tahun yang tidak dapat disebutkan namanya ini baru melahirkan anak dan tinggal di Amerika Syarikat. Ia telah menjalani proses bayi tabung selama sepuluh tahun, namun tidak berhasil.
Tapi, tahun lalu sebuah embrio beku yang dihasilkan dari pasangan lain, diproses di rahimnya dan menciptakan bayi laki-laki dengan berat 6 pon 15 ons.
Embrio ini diciptakan bersama dengan empat embrio lain saat pasangan lain berjaya memiliki anak melalui rawatan bayi tabung pada tahun 1990.
Saat satu pasangan berjaya, keempat embrio lain dibekukan.
Dua dekad berlalu, embrio tersebut dimanfaatkan oleh seorang perempuan berusia 42 tahun dan suaminya untuk melakukan rawatan kesuburan.
Doktor Sergio Oehninger, direktor Jones Institute for Reproductive Medice di lembaga kedoktoran Eastern Virginia, yang merawat pasangan ini mengatakan, Perempuan itu telah menunggu begitu lama.
Wanita ini merupakan pesakit Oehninger sejak 2000. Selain itu, beberapa doktor percaya bahawa embrio dapat disimpan selama 40 tahun.
Secara biologis, bayi ini bersaudara dengan bayi yang lahir di 1990, meski berjarak 20 tahun.
Sebelum ini bayi sihat yang lahir dari embrio paling lama adalah 13 tahun. Tahun 2005, Debbie Beasley, 45 tahun asal San Francisco, melahirkan Laina yang berasal dari embrio beku pada 1992.
Latte Art




Cute Baby










Jumaat, 26 November 2010
Petua Anak Pintar
Sebenarnya untuk mendapatkan anak cerdik,terdapat petua2 yang harus kita amalkan...org cakap melalui pemakanan.Ya betul tu...selain daripada pemakanan yang sihat ada juga petua lain yang harus kita amalkan.Jom baca, amalkan dan lihatlah hasilnya.
1. Setiap malam sebelum anak tidoq,hendaklah kita wiridkan Ya Latiff ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin ataupun memadai 100 kali.
2. Membaca surah Al-Fatihah 1 kali dan Alam Nasyrah 1 kali.
3. Bercakap-cakaplah dengan anak semasa dia tido dgn menyeru nama penuhnya berbinkan dan berbintikan nama kita. Percakapan itu berupa nasihat,pujian dan berceritalah tentang kasih sayang kerana ianya sangat berkesan untuk jiwa dan rohnya.
4. Apabila kita berbual-bual dengan anak walaupun dia sedang tidur kita akan lihat matanya sedang bergerak-gerak.Ini bermakna waktu inilah masa yang sesuai untuk kita menceritakan atau memberikan nasihat,kerana anak anda berada di luar sedar dan sedar.
5. Ayah dan ibu hendaklah menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita di ubun-ubun dan muka anak kita.
Cubalah petua ini dan InsyaAllah kesannya anda akan lihat nanti.
Petua Kekal Cantik
Surah Yusof : Ayat 4
Terjemahannya :
Anda Adalah Apa Yang Anda Makan
Berikut beberapa contoh apa yang dimaksudkan:












AIR TANGAN ORG YANG TAK SOLAT

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.
Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu/isteri kita.
Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan?
Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia..Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati² apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu"